Home K - Pop Geng SNSD Kata Ini Kerja Ahli Girls’ Generation Jika Mereka Bukan Artis...

Geng SNSD Kata Ini Kerja Ahli Girls’ Generation Jika Mereka Bukan Artis K-Pop

0

Sooyoung dan Hyoyeon yang merupakan ahli kumpulan K-Pop wanita, Girl’s Generation berkongsi apa mereka rasa sekiranya member-member mereka yang lain bukan bintang K-pop.

Video mereka sedang duduk bercakap dengan peminat telah tular di internet. Dalam video tersebut, kedua-duanya ditanya ‘Anda rasa apa ahli grup anda yang lain jadi sekiranya mereka tidak debut sebagai Girls’ Generation?

201617159 1280

Hyoyeon: Saya rasa Sooyoung mungkin mengajar di akademi pengucapan. Saya selalu dengki dengan skil bercakap awak. Awak cepat dan bagus sungguh bila jawab apa-apa soalan.

Sooyoung: Haha, betul ke? Well, saya pula rasa Hyoyeon pula mungkin jadi guru tarian dan DJ part-time.

Hyoyeon: Apa agaknya Taeyeon buat sekarang kalau dia tak jadi ketua kita? Saya rasa mungkin dia dah buka salon kuku.

Rancak campaign 1640x614 1 4

Sooyoung (ketawa): Yuri pula boleh jadi pengajar yoga.

Hyoyeon: Atau pun bukan salon tan kulit, sesuai dengan dia kan? Saya rasa Tiffany pula boleh jadi editor majalah fesyen atau konsultan fesyen yang bagus. Tahu kan, dia tu tegas sikit.

Kemudian kedua-duanya kata Seohyun mungkin jadi guru sekolah, manakala Sunny pelayan wain.

Akhir sekali, mereka kata, “Yoona ni tak ada pilihan dah selain kena masuk juga industri ni. Kalau tak, dia nak buat apa lagi dengan rupanya?”

Sumber: SBS