Home New Post Gegar Vaganza Dikecam, sekali Penyanyi Aishah ‘sound’ Warganet

Gegar Vaganza Dikecam, sekali Penyanyi Aishah ‘sound’ Warganet

0

Tular ramai penonton dan netizen mengkritik rancangan All Stars Gegar Vaganza (GV) yang mula bersiaran sejak Ahad lalu, salah seorang peserta iaitu Datuk Aishah tampil mempertahankan program realiti nyanyian itu.

GV

Dalam hal ini, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, mencadangkan agar mana-mana pihak yang kurang senang dengan penerbitan program berkenaan untuk tidak menonton rancangan tersebut.

“Tak suka tengok artis sendu, tak payah tengok. Tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok…” – Aishah

“Tak suka format rancangan, tak payah tengok. Tak suka apa-apa pun, tak payah tengok atau terlibat…” – katanya.

Aishah meluahkan pandangannya itu dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Baca lagi: Pengguna WhatsApp Boleh Dikenakan Hukuman Penjara 8 Tahun, Jika Guna Sticker Wajah Orang Lain Tanpa Izin

Baca lagi: Motor Disita Kerana Tiada Lesen Dan Roadtax, Reaksi Wanita Ini Menangis Undang Simpati Ramai

Tidak menyatakan kepada siapa status itu ditujukan, juara V musim keempat itu menegur tindakan segelintir pihak menulis komen melampau mengkritik mengenai program berkenaan.

“Kau siapa nak komen macam kau terpaling betul dan berhak kat dunia ni? Bagi la kami-kami yang suka tengok. Tak kacau pun periuk nasi kau kan?” – Soalnya

Pada minggu pertama yang berlangsung Ahad lalu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila All Stars Gegar Vaganza menampilkan gabungan tiga pengacara iaitu Nabil Ahmad, Jihan Musa dan Elly Mazlein.
GEGAR VAGANZA

Bagaimanapun, Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mod Salleh memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil kira maklum balas orang ramai terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang terbaik bag memastikan program it berjalan lancar.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.