Gary kembali ke industri hiburan Korea selepas 3 tahun berehat untuk fokus terhadap keluarganya. Dia memperkenalkan isteri dan anak lelakinya menerusi rancangan hiburan ‘The Return of Superman’.

Dalam rancangan tersebut, Gary menjelaskan mengapa dia memutuskan untuk mengambil cuti selama 3 tahun.

“Saya rasa selepas bekerja selama lebih 20 tahun, saya mengalami tekanan kerana terlalu kuat bekerja. Apabila memilih untuk berehat, akhirnya saya berkahwin dan mempunyai seorang anak, jadi paternal leave lah (cuti bersalin atau jaga anak)”. – Gary

Tetapi Gary menegaskan bahawa dia tidak menyesal sama sekali kerana mengambil cuti kerja selama 3 tahun itu.

“Semasa tidak bekerja, saya tidak pernah berasa sedih atau sengsara. Kerana saya sangat gembira apabila pulang ke rumah. Kebahagiaan itu terasa begitu dekat.” – Gary

Sebelum berehat, Gary pernah popular di peringkat global untuk peranannya dalam Running Man SBS. Namun dia berundur diri daripada rancangan itu pada 2016. Pada tahun 2017, Gary mengumumkan perkahwinannya serta kelahiran anak lelakinya pada tahun itu.

Kemudian Gary memutuskan untuk membuat kemunculan semula melalui ‘The Return of Superman’ siaran KBS, dan dia menjelaskan sebabnya.

“Saya tidak pernah terlepas satu pun episod ‘The Return of Superman’. Saya sering menontonnya dan mengaitkannya pada banyak perkara tentang parenting. Lagipun, kini saya mendedikasikan 70 peratus hidup saya sebagai seorang bapa dan 30 peratus lagi untuk kerjaya.  Saya rasa program itu sesuai dengan kehidupan saya sekarang. “ – Gary

Apa yang menarik perhatian penonton adalah Gary mendedahkan bahawa dia tidak mengadakan perkahwinan dengan isterinya, dan ada sebab di sebaliknya.

“Kami sebenarnya tidak mengadakan perkahwinan, tak buat majlis. Hanya memberitahu beberapa orang terdekat yang kami nak kahwin. Tetapi akhirnya kami pergi berdua tandatangan kertas dokumen perkahwinan sebelum keluar pergi makan daging sama-sama selepas itu.” – Gary

“Saya selalu terfikir untuk tidak melangsungkan majlis perkahwinan jika mahu berkahwin, rupanya isteri saya turut terfikir hal yang sama. Katanya kami hanya perlu menandatangani kertas itu dan hidup bahagia. Kami fikir hubungan kami lebih penting daripada majlis perkahwinan. Saya sering berterima kasih dan memohon maaf kepada isteri saya.”– Gary

Sumber: Koreaboo

Previous article5 Video Muzik K-Pop Yang Dilarang Masuk TV Korea
Next articleKwang Soo Ketawa Nak Mati Bila Tengok Wallpaper Skrin Telefon Ji Hyo