Home Video Ganggu Pelancongan Malaysia, Pelarian Mengemis Wang Semakin Berleluasa

Ganggu Pelancongan Malaysia, Pelarian Mengemis Wang Semakin Berleluasa

0

Isu pelarian di negara kita sepertinya semakin berleluasa malah tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu pelarian ini. Hal ini membuatkan pelarian-pelarian ini semakin berani melakukan kegiatan mereka malah bukan sahaja rakyat Malaysia yang mereka berani mengemis wang malah pelancong dari negara asing juga menjadi buruan mereka.

Menerusi video yang tular di tiktok @ethnaanchom, dapat dilihat situasi seorang pelarian wanita yang dengan beraninya meminta wang dari seorang pelancong yang dilihat sepertinya bukan warganegara Malaysia. Lagak pelarian itu yang mengemis wang sangat tidak beradab kerana dia tidak beredar selagi wang tidak diberikan kepadanya malah siap melihat beg duit pelancong tersebut. Di ruangan komen juga ramai yang berkongsi pengalaman yang sama.

“Pernah dkt kl . Aku bagi 5o sen , dia tgk atas bawa je”

“Pernah jadi.. saya tgok je dia sampai dia pegi sendiri..bkn berkira, sbb kita ni pnh nk belikan mknn, tp cakap taknak, nk duit. Bdn sihat elok lg..”

“pernah masa buka puasa bwk ank bini mnyk duit.. bg mknn taknak nk duit jgk.. mcm² alsan bg tak mkn lah apa lah.. bila bg mknn taknak ambik”

Lihat video penuh di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@Mieyo | Makeup Lelaki: Tak suka memberi pd yg memaksa..terus jd tak ikhlas.

@𝗨𝗻𝗮 : dari bagi kt dorang lebih baik bagi kt tbg masjid..keluarga&org2 susah yg tdekat dgn kita..

@Elfaik :Beli kn makan atau barang keperluan je. Jangan bagi duit

@Mummy.jessica.1518 : suami sy selalu ckp dia ade tangan dan kaki masih sihat boleh kerja jgn bagi dia duit dia penipu. bagi sama yg tak boleh kerja/ oku tu lagi baik.

@mat piah : penguatkuasa buat la kerja sama kerab2 la pantau atau pun buat satu talian untuk org awam hubungi. jgn buat negara kita jd… dari warga asing

@Manju photobook : pernah je bagi jelingan maut ..terus ambik langkah

@Tembikai manis : member pernah kene siku kepala dngn spesis nie silap la mmg tersungkur kt situ jugk peduli apa gendong anak ke tak

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram