Home Kdrama/Kmovie From Now On, Showtime! Tak Ramai Tahu Rahsia Kehebatan Ahli Silap Mata...

From Now On, Showtime! Tak Ramai Tahu Rahsia Kehebatan Ahli Silap Mata Ini

0

Adakah anda sedang mencari K-drama romantik komedi lain dari yang lain?

Drama Korea yang kami rekomen kali ini penuh dengan unsur 3M: magis, mistik dan misteri. Tajuknya adalah From Now On, Showtime!. K-drama yang diterajui oleh Park Hae Jin dan Jin Ki Joo turut mempunyai judul lain iaitu Showtime Begins.

Sinopsis & Review [Mengandungi Sedikit Spoiler]

Tirai cerita ini dibuka dengan upacara pengusiran hantu. Seorang dukun warga emas jatuh sakit selepas merawat mangsa yang dirasuk. Harapannya pada usia senja itu adalah mahu cucunya, Cha Cha Woong mewarisi kegiatan perbomohan tersebut.

Bagaimanapun Cha Woong enggan kerana ada sebab tersendiri dan memilih kerjaya yang lebih glamor iaitu menjadi seorang ahli silap mata. Persembahannya membuatkan orang ramai ternganga, terpukau dengan trik magis dia yang sukar diterima akal.

6 4

Rahsianya adalah tiga makhluk halus yang membantu Cha Woong dalam diam. Hanya dia seorang yang boleh nampak mereka. Ya, ahli silap mata tersohor Korea itu sebenarnya mampu berinteraksi dengan hantu.

Hantu-hantu yang jadi khadam dan makan gaji dengannya itu merupakan aset penting bagi kehebatan Cha Woong, menjadikan ahli silap mata itu agak angkuh sebab tak pakai tenaga manusia. K-drama ini juga kelakar kerana gelagat trio hantu tersebut.

Karier magik Cha Woong berjalan lancar sehinggalah suatu hari seorang polis wanita muncul dalam hidupnya.

Seul Hae, seorang polis wanita sedang mengejar pencuri sampai ke tempat pertunjukan silap mata Cha Woong, ketika itulah, ‘From Now On, Showtime!’ persembahannya bermula, mereka tertukar helmet dan polis itu tahu rahsia besar pemain silap mata itu.

Drama ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga, bagi anda yang mudah terhibur dan mencari genre cerita yang ringan untuk ‘maraton’. Tambahan pula, boleh lihat aksi Park Hae Jin yang charming dan karismatik dalam mempersembahkan silap mata. Persembahannya juga saspens seperti terkurung di dalam tangki air dan menunggang motosikal sambil dipanah bertubi-tubi.

5 5

Tambah menarik lagi dengan keserasian di antara Park Hae Jin dan Jin Ki Joo apabila bersama-sama memecahkan kes misteri dan bibit-bibit cinta tumbuh mekar dalam drama ini.

Nak Tengok Kat Mana?

From Now On, Showtime! sedang ongoing dan boleh ditonton di dalam aplikasi VIU. Muat turun dan install aplikasi Viu dari Play Store secara percuma.