Home Kdrama/Kmovie Frankly Speaking Telah Tamat, Anda Puas Hati?

Frankly Speaking Telah Tamat, Anda Puas Hati?

0

Drama Korea Frankly Speaking secara rasmi telah tamat pada 6 Jun 2024 yang lalu dengan jumlah 12 episod semuanya.

Kisah Song Ki Baek (Go Kyung Pyo) yang tidak boleh berbohong selepas terkena renjatan elektrik dan On Woo Ju (Kang Han Na) yang selalu berpura-pura baik-baik sahaja, akhirnya bahagia bersama.

Walau berakhir bahagia, episod terakhir Frankly Speaking drama bergenre romantik komedi ini masih meninggalkan beberapa persoalan yang belum terjawab.

 

1. Mengapakah ibu On Woo Ju mengabaikannya semasa kecil?

Frankly speakingSemasa kecil, On Woo Ju diabaikan oleh ibunya. Dia ditinggalkan di depan rumah anak yatim, tapi kemudian bertemu dan tinggal dengan On Bok Ja (Baek Joo Hee). Mereka menjadi ibu dan anak. Selepas On Woo Ju dewasa, ibu kandungnya muncul dan datang ke salon milik On Bok Ja. Walau marah dan kecewa, On Woo Ju akhirnya berdamai dengan masa lalunya dan mahu menemui ibu kandungnya. Sayangnya, sampai ke akhir tidak diceritakan alasan dan sebab musabab ibunya meninggalkannya dulu.

 

2. Adakah rancangan baru On Woo Ju bakal berjaya?

80bf4e73 4320 4755 ad78 42c1ab52a055Kerana situasi yang janggal, On Woo Ju akhirnya melepaskan program “Couple’s Paradise” kepada pasukan lain sedangkan rancangan tersebut adalah idea asalnya. Dia kini menguruskan variety show baru berjudul “Laundry Therapy”. Dia kembali menjadi ketua penulis dan dibantu pasukan lamanya. Walau begitu, berjaya atau tidak rancangan ini belum diketahui. Bahkan selepas time lapse 6 bulan setelah pasukan ini dibentuk, proses penggambaran belum dimulakan dan konsep terperinci rancangan itu juga tidak ditunjukkan pada penonton Frankly Speaking.

 

3. Adakah kerjaya Kim Jeong Heon akan kembali bersinar?

b78bf351 7afd 4023 b437 de8a9c3ee420Di episod terakhir, Kim Jeong Heon (Joo Jong Hyuk) memutuskan untuk berehat dari pekerjaannya sebagai artis. Keadaannya yang mengalami gangguan panik dihebahkan kepada media. Sebelum ini, dia juga pernah melarikan diri ke kampung dan meninggalkan kerja-kerjanya di Seoul sehingga mempengaruhi kerjayanya.

Selepas menyepikan diri selama 6 bulan, dia akhirnya kembali dalam dunia artis dengan membintangi program “Laundry Therapy”. Kemunculannya ini membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah kerjayanya akan kembali bersinar seperti dulu?

 

4. Adakah ibu angkat On Woo Ju akhirnya akan berkahwin?

dfde64c2 815d 4f25 9554 e24f2c0c4d60Bukan hanya On Woo Ju dan Song Ki Baek, kisah cinta On Bok Ja juga mencuri perhatian. Ibu angkat On Woo Ju ini bertemu lagi dan jatuh cinta dengan Kim Yeong Won (Hong Seo Jun), cinta pertamanya. Hubungan mereka yang dulu kandas akibat dihalang oleh restu ibu Kim Yeong Won kini berputik kembali. Namun, pengakhiran pasangan ini belum jelas, adakah mereka bakal berkahwin seperti Song Ki Baek dan On Woo Ju?

 

5. Apakah balasan yang diterima oleh Min Cho Hui selepas berbohong?

ae88b2ea ccbb 45fe 86a4 480bda220970

Min Cho Hui (Han Dong Hee) adalah salah satu watak yang berjaya membakar emosi penonton drama Korea ini. Dia menyebarkan maklumat palsu bahawa rancangan “Couple’s Paradise” adalah liar. Dia juga memfitnah On Woo Ju dan Song Ki Baek. Sebelum ini, dia juga menyebabkan proses penggambaran program ini menghadapi masalah selepas dia mengusir seorang peserta. Masih belum dijelaskan balasan yang diterima oleh Min Cho Hui atas segala kejahatannya.

Frankly Speaking memberikan pengakhiran bahagia untuk watak-watak protagonis. Sebahagian besar dari mereka boleh berdamai dengan masalah mereka dan hidup lebih bahagia. Namun, kelima-lima persoalan di atas masih meninggalkan tanda tanya selepas menonton ending Kdrama Frankly Speaking yang ditayangkan di JTBC dan Netflix ini.

Baca lagi: Jadi Buruan Pembunuh Psikopat, 9 Kdrama dan Filem Ini Penuh Kisah Mendebarkan
Baca juga: 7 Kejutan yang Ditampilkan dalam Frankly Speaking, Kisah Kian Menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here