Home News Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Mengenai ‘Pihak Ketiga’

Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Mengenai ‘Pihak Ketiga’

0

Farid Kamil Zahari merupakan seorang pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada Fadzil Zahari. Beliau dilahirkan pada 5 Mei pada tahun 1981, berasal dari Alor Setar, Kedah. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 2003, dan beliau juga meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem.

Farid Kamil telah membuat permohonan maaf di akaun Instagram nya, di mana beliau mengatakan akan menarik semula kenyataan yang beliau beri kepada wartawan mengenai soalan berkaitan ‘orang ketiga’, yang telah dibuat semalam sewaktu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Beliau juga membuat permohonan maaf tersebut kepada ibu mentuanya iaitu Norsiah Ramli dan juga isterinya Diana Danielle.

daebaking.co Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Mengenai Pihak Ketiga sss
Selain itu, pelakon tersebut ada menyatakan bahawa ‘orang ketiga’ telah menjadi punca isterinya iaitu Diana Danielle menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah, Subang Bestari pada awal Mac yang lalu.

Seperti yang kita ketahui Farid Kamil enggan melafazkan talak kepada isterinya atas alasan masih sayang, serta dibawa bunga dan cincin sebagai usaha memujuk namun gagal.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram dan OhMyMedia