Home Video Fare Rider Berkurang Apabila Diberi Tips, Rider Foodpanda Ini Minta Supaya Tidak...

Fare Rider Berkurang Apabila Diberi Tips, Rider Foodpanda Ini Minta Supaya Tidak Beri Tips Dalam Apps Foodpanda

0

Sekarang ini dapat dilihat ramai yang suka membeli makanan secara online dengan bantuan penghantar makanan seperti foodpanda dan lain-lain. Dan ramai juga pelanggan yang bermurah hati memberikan tips dalam aplikasi foodpanda tersebut.

Namun sebuah video tular di akaun tiktok @m.aimanfaiz, di mana dia memuat naik rakaman pendek yang menunjukkan tips yang diberikan oleh salah seorang pelanggan sebanyak RM 2. Pada video berkenaan juga dia telah menegah orang ramai untuk tidak memberikan tips melalui aplikasi foodpanda tersebut kerana di ruangan komen dia ada memberitahu bahawa tips yang diberikan tidak sampai sepenuhnya kepada rider foodpanda.

Kepada customer FP jangan la bagi tips dalam apps

dekat fare kami sebagai rider jadi kurang bila dia sekali dengan tips. contoh fare patutnya rm5 + rm2 tips =rm7 tapi tak capai 7 jadi rm6 lebih je

fare akan jadi kurang sikit kak bila campur tips. gitu..tapi tips still ada

dia memang akan asing dekat payment tu. contoh total tips rm2 dan fare tu akan kurang sikit sebab dah campur tips.

Baca juga : Halau Lelaki Duduk Di Tempat Khas Wanita, Tindakan Abang Foodpanda Ini Tarik Perhatian Netizen

Baca juga : “Ni Baru Namanya Kawan Sehidup Semati”-Situasi Kemalangan Melibatkan 2 Rider Foodpanda Buat Ramai Terhibur

Lihat klip rakaman pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga komen netizen :

@budak kentang : serius laaaaa…jahatnyaaa,sy slalu bg tips sbb srba salah order ttba hujan or order groceries byk sikit

@caramel machiato : sbb lepas tu fare rider yg dpt jd rendah…dia nk bg average fare yg dpt ritu lebih kurang sama je

@hzrd_sm : kalau grab memang masuk gaji. Tak sangka FP potong fare, aduh naya rider

@syazzzzzz : Allahu.Selama ni sy bg tips dekat rider fp mcm ni kejadian nya.Sory abg2 rider lps ni sy bg dkt tngan trus jela ya.

@754775 : sebab tu saya tak bagi tips. dekat cash tak bagi. dekat apps pun tak bagi

@Sherryyypah : Kita suka bagi cash , sebab pernah juga terpikir rider dpt total tips tu or kena cut sikit

@About her : omg saya selalu bagi tips RM4 , sebab niat nak tolong foodpanda kadang berpanas hujan hantarkan makanan

@Ice Queen2955 : mmg biase kalau nk tip, aku bg by hand je. sbb rase fishy gune sistem..kdg2 buat cash jgk. biar senang bg lebih haha

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram