Home K - Pop IZ*ONE Eunbi Berehat Sebentar Demi Kesihatan

IZ*ONE Eunbi Berehat Sebentar Demi Kesihatan

0

IZ*ONE Eunbi akan berehat sebentar disebabkan masalah kesihatannya.

Kumpulan projek ‘Produce 48’, IZ*ONE baru-baru ini telah ‘comeback’ dengan lagu baru mereka bertajuk “Fiesta” walaupun menghadapi kontroversi tentang pengundian, tetapi kelihatannya seperti Eunbi tidak dapat menyertai ahli kumpulannya untuk promosi yang lain.

izone

Pada 22 Februari, ‘Off the Record Entertainment’ mengumumkan yang Eunbi akan berehat selepas persembahan di SBS ‘Inkigayo’, menyatakan,

“Eunbi bersungguh-sungguh ingin meneruskan aktiviti dirinya bersama IZ*ONE, tetapi medical team memberi cadangan agar dia berehat, dia akan memberi tumpuan untuk pulih dari keadaannya dengan berehat selepas SBS ‘Inkigayo’. “

Sambung label itu, “Kami harap anda faham yang Eunbi berehat dari acara fan sign yang berlaku pada 8PM pada hari berikutnya.”

Harap-harapnya, Eunbi akan pulih cepat!

Dah baca, jangan lupa like, share dan komen yang baik- baik. Terima kasih.

Sumber: allkpop