Home Entertainment Episod Akhir Doctor Cha Memuaskan Hati?

Episod Akhir Doctor Cha Memuaskan Hati?

0

Drama siri popular Netflix iaitu Doctor Cha kini telah melabuhkan tirainya dengan menamatkan penayangan pada episod ke 16

IMG 0178

Episod 15 dan 16 untuk drama siri ini ditayangkan pada tarikh 3 dan Jun 2023 yang lalu.

IMG 0177

Drama siri yang mengisahkan tentang perbuatan curang Seo In Ho (Kim Byung-chul) terhadap isterinya yang sangat baik dan setia kepadanya iaitu Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) telah berjaya mencuri sangat banyak perhatian penonton. Sebab utama drama siri Doctor Cha berjaya mencuri perhatian adalah kerana ceritanya dianggap sangat berkaitan dengan kehidupan zaman sekarang.

IMG 0152

Kebanyakan para penonton drama siri ini pun menganggap bahawa ending untuk drama siri Doctor Cha ini sudah cukup memuaskan dan berjaya memberi vibe positif.

Kenapakah agaknya semua orang cukup berpuas hati dengan ending Doctor Cha? Jom sama-sama kita lihat ulasan di bawah ini:

1. Keputusan Cha Jeong Suk untuk bercerai adalah sangat tepat, dia sudah lama menanggung penderitaan dalam kehidupan rumah tangganya

Doctor cha

2. Penceraiannya adalah demi kebaikan semua pihak, lebih-lebih lagi untuk Cha Jeong Suk sendiri. Cha Jeong Suk tidak perlu menahan dan memaksa diri menjalani hubungan yang tidak sihat lagi

IMG 0154

3. Setelah berjaya membuat emosi para penonton turun naik kerana kelakuannya, Seo In Ho akhirnya sedar akan kesalahannya dan mendermakan hatinya untuk Cha Jeong Suk serta menyetujui penceraian secara damai bagi memujuk Cha Jeong Suk melakukan pembedahan pemindahan hati

IMG 0168

4. Hubungan Cha Jeong Suk dan Roy Kim diakhiri sebagai sahabat baik dan doktor-pesakit, mereka tidak berakhir menjadi pasangan kekasih, keputusan ini dianggap tepat kerana Cha Jeong Suk tidak mahu melukakan hati pihak lain dan dia juga tidak pernah mengimpikan hubungan istimewa dengan Roy Kim

IMG 0155

5. Roy Kim memang baik terhadap Cha Jeong Suk, tetapi lebih baik baginya untuk bersama wanita yang lebih muda dan membina keluarga

IMG 0157

6. Roy Kim pun akhirnya bertemu dengan wanita yang dia cintai dan dilihat begitu menyayanginya

IMG 0172

7. Walaupun sudah bercerai, Cha Jeong Suk dan Seo In Ho tetap berhubungan secara baik. Mereka juga masih saling ambil berat antara satu sama lain

IMG 0173

8. Choi Seung Hi akhirnya juga menyerah dengan takdir dan memutuskan hubungannya dengan Seo In Ho dan turut menyedari kesalahannya

IMG 0164

9. Walaupun kesal dengan sikap ayahnya, anak-anak Seo In Ho akhirnya memaafkannya juga. Mereka juga menerima kehadiran saudara tiri mereka

IMG 0165

Drama siri Doctor Cha memang ditunggu-tunggu oleh semua penonton setianya setiap minggu. Boleh dikatakan penutup yang sangat sempurna dipersembahkan buat para penonton. Terasa vibe positif dan berjaya membuatkan ramai orang tersenyum. Drama siri ini juga diisi dengan banyak pengajaran yang boleh diteladani oleh para penonton.

Baca lagi: “Roy Kim” Mendedahkan Tidak Suka Penamat Doctor Cha

Baca Juga: Doctor Cha Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Peminatnya