Home News E-Tunai Sebanyak RM200 Akan Diberikan Secara ‘One-Off’

E-Tunai Sebanyak RM200 Akan Diberikan Secara ‘One-Off’

0

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan E-Wallet yang diperkenalkan dibawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.

Screenshot 2023 06 08 145458

Bantuan E-Wallet

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai E-Tunai Belia Rahmah.

Bantuan ini pada asasnya melibatkan jumlah e-Tunai sebanyak RM200 yang diberikan secara ‘one-off’ kepada setiap yang layak dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Penerima E-Wallet

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian bantuan ini kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahu sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April yang lalu.

Pihak Kementerian Kewangan dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan 2-wallet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian.

Tarikh Pembayaran

Pelaksanaan inisiatif ini akan dibuat sebelum pada bulan Jun2023 dan diharapkan dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat.

Berkenaan dengan kaedah penebusan atau pengkreditan, ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.

Akan tetapi, secarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak terlibat.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: PortalMalaysia