Home Entertainment Dulu Gong Yoo Dan Hyo Jin Pernah Marah Sebab Chun Hee Nak...

Dulu Gong Yoo Dan Hyo Jin Pernah Marah Sebab Chun Hee Nak Kahwin

0

Pada tahun 2011, Lee Chun Hee pernah mengejutkan satu negara Korea kerana tiada angin, ribut, taufan, aktor itu tiba-tiba mengumumkan perkahwinannya dengan heroinnya dalam drama ‘Smile, You’, Jeon Hye Jin.

Bukan sahaja berita perkahwinan, jurang perbezaan umur turut menjadi tajuk utama ketika itu. Masa itu, Lee Chun Hee berumur 32 tahun manakala pengantinnya, Jeon Hye Jin baru berusia 23 tahun.

unnamed 4 1

Hal ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan mengejutkan member-member baiknya, iaitu aktres Gong Hyo Jin dan pelakon Gong Yoo.

“Apa? Dengan Hye Jin? Oppa dah tak waras ke, dia muda lagi!” bangkang Hyo Jin.

Berbalik ke tahun 2021, Hyo Jin dan Chun Hee mengenang dan membangkit semula topik hangat tersebut semasa berjumpa dalam episod rancangan TV Harmless From Today.

unnamed 5 1

Aktres tersebut mengaku yang dia sebenarnya pernah marah dulu bila dengar berita tersebut dan merasakan Hye Jin mabuk apa sampai nak kahwin dengan orang yang jauh lebih tua daripadanya.

Pada masa itu juga dia turut mendedahkan bahawa Gong Yoo turut merasakan hal yang sama, susah nak terima hakikat itu.

“Bukan saya sorang je, Oppa Gong Yoo pun rasa tak best.” kata Hyo Jin.

“Oppa rasa kesian juga kat Hye Jin sebab dapat laki tua ni. Tapi dah oppa suka dia. Bukannya oppa buat apa-apa atau jampi dia ke apa, dah dia pun kejar oppa juga.” balas Chun Hee yang cuba memahami reaksi rakan-rakan rapatnya itu.

Kini aktor tersebut bahagia dengan isteri dan anaknya serta membuktikan jarak umur bukan penghalang seperti yang dibisikkan oleh orang ramai suatu ketika dahulu.

unnamed 7

Sumber: Koreaboo