Home Entertainment “Dream” Filem Komedi Mengharukan, Seronok Ditonton

“Dream” Filem Komedi Mengharukan, Seronok Ditonton

0

Filem “Dream” ialah filem komedi berdasarkan kisah sebenar, menghiburkan dan penuh emosi!

Apakah yang akan terjadi apabila anda mengumpulkan pasukan bola sepak dengan pemain gelandangan, atlet yang kurang ajar sebagai jurulatih dan memilih penerbit yang tidak bersemangat untuk merakam filem dokumentari tentang mereka?

Jawapannya semua ada dalam filem “Dream,” sebuah filem komedi sukan Korea Selatan yang diarahkan oleh Lee Byeong-heon yang menampilkan pelakon Park Seo-joon dan IU sebagai watak utama.

Diterajui oleh pengarah Lee Byeong-heon, yang terkenal dengan filem 2019 “Extreme Job”, yang memperoleh 16 juta jualan tiket, “Dream” ialah filem komedi berdasarkan kisah sebenar pasukan bola sepak amatur yang terdiri daripada gelandangan yang menyertai Piala Dunia Gelandangan, kejohanan bola sepak yang disertai oleh pasukan bola sepak gelandangan lain di seluruh dunia.

Dream

“Dream” berkisar tentang pemain bola sepak bintang Yoon Hong-dae, dimainkan oleh Park Seo-joon seorang pemain bola sepak yang menerima tindakanan tatatertib dan diberi tugas mencabar untuk melatih pasukan bola sepak kebangsaan gelandangan untuk Piala Dunia Gelandangan sebelum bertemu Lee So Min, lakonan IU, seorang penerbit yang merakam dokumentari tentang pasukan itu.

Filem ini turut menampilkan pelakon Ko Chang-seok, Jung Seung-kil, Lee Hyun-woo dan Yang Hyun-min sebagai pemain bola sepak gelandangan, masing-masing dengan kisah unik mereka sendiri.

Penggambaran filem “Dream” bermula tiga tahun lalu dan berterusan sepanjang Covid-19, tetapi idea untuk filem itu muncul hampir sedekad lalu, sejurus selepas cerita tentang lapan pemain bola sepak Korea yang tiada tempat tinggal berpecah.

Kemudian para pemain menyertai Piala Dunia Gelandangan, kejohanan bola sepak yang hanya terdiri daripada pemain gelandangan.

Dream

Walaupun ia bukan sepenuhnya tentang filem sukan, para pelakon menerima pelajaran dan latihan bola sepak yang intensif, termasuk pelajaran daripada jurulatih yang mengetuai pasukan Bola Sepak Gelandangan Korea dan kehidupan harian mereka ketika menjalani latihan.

Dari permulaan, filem ini memberikan kita urutan komedi yang sangat lucu, penuh jenaka! Kemudian kita akan dibawa ke babak-babak yang lebih emosi memandangkan plot filem ini berkisarkan tentang gelandangan yang hidup dalam kemiskinan dan mendapat layanan yang tidak baik dari kebanyakan masyarakat.

IMG 2723

Dan ini telah menjadikan filem “Dream” yang berdurasi lebih kurang 2 jam 5 minit ini sangat menyeronokkan untuk ditonton!

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Korea sejak April lalu.

Baca lagi: 6 Kdrama Pendek Paling Menarik

Baca juga: Lee Min Ho Kini 36 Tahun, 6 Karya Terbaiknya