Home News Drama Kostum Cina The Princess Royal, Mengembara Masa Untuk Mengelakan Kematian dan...

Drama Kostum Cina The Princess Royal, Mengembara Masa Untuk Mengelakan Kematian dan Perebutan Kuasa

0

The Princess Royal ialah drama Cina yang telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat drachin dan akhirnya telah ditayangkan pada 26 Jun 2024 lalu, di platform penstriman Youku.

Drama Cina yang membawa tema penggambaraan masa dan kisah tentang perebutan kuasa dalam Istana Diraja ini diadaptasi daripada novel berjudul The Grand Princess karya Mo Shu Bai.

The Princess Royal membawakan Zhang Ling He dan Zhao Jin Mai sebagai dua watak utama. Dengan genre romantik dan fantasi sejarah, siri ini diarahkan oleh Gao Yi Jun, manakala skripnya ditulis oleh Rao Jun.

Dibungkus dalam 40 episod, drama ini mengikuti kisah percintaan Li Rong dan Pei Wen Xuan yang penuh tipu daya akibat perkahwinan politik.

Jika anda belum mula menonton drama tersebut, jom lihat beberapa maklumat penting tentang The Princess Royal di bawah:

 

Sinopsis

The princess royal

The Princess Royal mengisahkan percintaan penuh tipu muslihat akibat perkahwinan politik antara Li Rong dan Pei Wen Xuan, yang terpaksa berkahwin pada usia 18 tahun.

Mereka akhirnya menggunakan perkahwinan politik untuk mendapatkan faedah mereka sendiri, seperti Li Rong yang menggunakan latar belakang keluarga Pei Wen Xuan untuk mengelakkan bencana.

Sementara itu, Pei Wen Xuan menggunakan latarbelakang Li Rong sebagai puteri diraja untuk mengekalkan kedudukan dan kuasanya dalam kerajaan. Akibat perkahwinan politik ini, mereka berdua tidak mempunyai rasa sayang dan cinta antara satu sama lain.

Perkahwinan ini mengikat mereka selama 30 tahun, tanpa sebarang perasaan cinta atau kasih sayang, hanya saling mengekalkan kuasa. Penglibatan perebutan kuasa di kalangan kerabat dan para menteri dalam istana juga mencetuskan haru-biru pemerintahan kerabat diraja itu sendiri.

Namun, semua itu berubah apabila mereka tiba-tiba hidup semula pada masa lalu ketika mereka berusia 18 tahun. Tidak mahu peristiwa lalu berulang, Pei Wen Xuan akhirnya mencari Li Rong dengan motif untuk bercerai. Adakah hubungan Li Rong dan Pei Wen Xuan akan mengubah nasib mereka dan masa depan kerajaan mereka?

Senarai Pemain dan Jadual Persembahan

IMG 2382

Drama Cina The Princess Royal bukan sahaja dibintangi oleh Zhao Jin Mai dan Zhang Ling He, tetapi juga dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal China, termasuk:

• Zhao Jin Mai sebagai Li Rong
• Zhang Ling He sebagai Pei Wenxuan
• Chen He Yi sebagai Su Rongqing
• Liu Xu Wei sebagai Li Chuan
• Cheng Guo sebagai Shangguan Ya
• He Qiu sebagai Qin Zhenzhen / Xun Chuan
• Yu Jin Wei sebagai Li Ming
• Zhao Ke sebagai Permaisuri Rou
• Yi Da Qian sebagai Su Ronghua
•  Sun Rui sebagai Permaisuri Ning
• Wang Bo Wen sebagai Cui Yulang
• Zhou Ti Shun sebagai Yuan Feiyu

Jadual Tayangan

IMG 2381

Siri percintaan bersejarah ini terdiri daripada 40 episod, ditayangkan pada 26 Jun 2024 di platform penstriman Youku. 2 episod akan dikeluarkan setiap hari, dengan tempoh sekitar 45-50 minit.

Jadi, bagi anda yang tertunggu-tunggu drama kostum Cina Zhang Ling He dan Zhao Jin Mai, jangan ketinggalan The Princess Royal!

Baca lagi: 10 Drama Cina Penuh Intens Ini Angkat Kisah Tentang Psikopat
Baca juga: Drama Cina The Double, Kisah Pembalasan Dendam Isteri Yang Dianiaya dan Dibunuh

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here