Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Branding in Seongsu Sudah Ditayangkan, Park Solomon Muncul Lagi

Drama Korea Branding in Seongsu Sudah Ditayangkan, Park Solomon Muncul Lagi

0

U+ Mobile TV muncul memeriahkan suasana penyiaran drama Korea Selatan dengan menayangkan drama siri Korea terbaru yang nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai yang bertajuk Branding in Seongsu. Kemunculan pelakon lelaki muda Park Solomon sebagai pelakon utama juga berjaya memancing minat para peminat setia pelakon ini untuk menonton Branding in Seongsu.

Drama siri terbaru “Branding in Seongsu” arahan pengarah Jung Hun Soo ini mengangkat kisah romantik antara majikan dan pekerja pelatih yang paling tua dengan dihiasi kisah fantasi yang sangat menarik.

Buat anda yang masih tertanya-tanya, mari sama-sama kita baca sinopsis ringkas dan senarai pelakon drama ini.

 

1. Sinopsis Branding in Seongsu

Branding in seongsuSesuai dengan tajuknya, Branding in Seongsu mengambil latar tempat di kawasan Seongsu yang dikenali sebagai pusat penjenamaan. Cerita drama ini fokus pada dua watak utama yang bernama Kang Na Eon, watak seorang ketua pasukan pemasaran muda yang gila kerja dan So Eun Ho, seorang pekerja pelatih senior yang mempunyai pandangan hidup yang bersahaja.

Mempunyai perwatakan yang sangat berbeza antara mereka berdua, siapa sangka kedua-dua mereka akhirnya terlibat dalam peristiwa misteri iaitu saling bertukar roh selepas secara tidak sengaja berciuman. Lalu, apakah yang akan terjadi pada Kang Na Eon dan So Eun Ho seterusnya? Menarik bukan?

 

2. Senarai pelakon yang membintangi Branding in Seongsu

IMG 3970Menariknya, Branding in Seongsu merupakan drama yang menyaksikan kemunculan semula Park Solomon selepas pelakon ini membintangi Revenge of Others pada tahun 2022. Selepas mencuri hati dengan watak sebagai seorang pelajar sekolah, kini Park Solomon muncul sebagai seorang pekerja pelatih yang paling tua iaitu So Eun Ho.

Berikut ini adalah senarai pelakon
● Park Solomon sebagai So Eun Ho
● Kim Ji Eun sebagai Kang Na Eon
● Yang Hye Ji sebagai Do Yoo Mi
● Kim Ho Young sebagai Cha Jung Woo

 

3. Tarikh tayangan Branding in Seongsu

Park solomonSetelah sekian lama ditunggu-tunggu oleh para peminat, U+ Mobile TV akhirnya telah menayangkan drama siri terbaru ini pada 5 Februari 2024 yang lalu.

Jangan lupa untuk menonton drama Korea yang mengandungi 24 episod ini ya! Pasti banyak adegan yang menghiburkan dan luar biasa!