Home Kdrama/Kmovie Drama Adaptasi Korea Yang Wajib Korang Tonton Di Viu!

Drama Adaptasi Korea Yang Wajib Korang Tonton Di Viu!

0

Kalau korang peminat drama korea(Kdrama), korang wajib juga tengok adaptasi drama ini kepada Bahasa Melayu yang dilakonkan oleh artis-artis tanah air kita yang tidak kurang juga hebatnya!

Antara drama adaptasi yang korang boleh tonton ialah Black & She Was Pretty. Drama BLACK dilakonkan oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan ramai lagi manakala She Was Pretty pula dilakonkan oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi.

Drama BLACK diadaptasi daripada Kdrama dengan tajuk yang sama juga mengisahkan tentang Detektif Malik (Kamal Adli) yang ditembak mati di sebuah mall namun dihidupkan semula oleh makhluk bunian bernama 444 (Rashidi Ishak) yang mengambil alih tubuh badan dia. Tujuan utama bunian itu turun ke bumi adalah untuk menyelesaikan misi memburu ejen 419 yang telah berkahwin dengan manusia. Satu kesalahan besar jika manusia bercinta dengan ejen bunian.Ejen 419 merupakan ejen yang terbaik kepada Sultan di alam bunian.

ғαιвεяsgαтє.Black .Malaysia.2019.Episod 07.720p.HD .mp4 000855500

Black 2019 Episode 2.mp4 001743583

Di alam manusia, Detektif Malik telah berjumpa Sofia Farid (Siti Saleha) yang mempunyai keistimewaan melihat bayang hitam menandakan kematian seseorang itu semakin hampir. Sofia cuba menyelamatkan orang asing yang ingin membunuh diri tetapi Detektik Malik telah menjadi mangsa kerana tersalah orang.

Namun nasib berpihak kepadanya apabila Lokman (Zoey) telah terselamat daripada cubaan bunuh diri tersebut. Berita kematian suaminya yang hidup semula telah diketahui oleh Doktor Aisya (Nabila Huda) yang terus bergegas ke wad kecemasan dan pelik dengan perkara yang berlaku.

Untuk drama She Was Pretty pula yang turut diadaptasi daripada kdrama dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yang memiliki teman lelaki zaman kanak-kanak, Haniff (Aiman Hakim Ridza). Ketika kecil, Haniff memiliki tubuh badan yang tidak menarik. Nadia ketika kecil bukan sahaja cantik tetapi juga lahir daripada keluarga yang kaya. Mereka telah terpisah setelah Haniff terpaksa mengikut keluarga nya berpindah ke luar negara.

She Was Pretty 1

She was pretty

Setelah 15 tahun berlalu, keadaan Nadia telah berubah kerana kemiskinan yang melanda keluarganya. Haniff pula menjadi semakin kacak dan bergaya. Akibat rasa rendah diri dengan keadaan sekarang, Nadia telah meminta rakan baiknya untuk menyamar menjadi dirinya kepada Haniff.

Tetapi keadaan bertambah sulit setelah Nadia dan Haniff bekerja di syarikat yang sama iaitu di majalah The Most. Dapatkah Haniff mengenali Nadia?

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melanggan Viu Premium dan tonton drama dan program eksklusif tanpa gangguan iklan!