Home Entertainment Disebabkan ‘The Glory’, Pelakon Thailand Ini Terpaksa Mengaku Pernah Membuli Rakan Sekelasnya...

Disebabkan ‘The Glory’, Pelakon Thailand Ini Terpaksa Mengaku Pernah Membuli Rakan Sekelasnya Yang Menghidap Autisme

0

Dengan peningkatan populariti siri asal Netflix ‘The Glory,’ yang menggambarkan kisah mangsa buli di sekolah yang membalas dendam, ramai mangsa keganasan sekolah bertindak untuk mendedahkan selebriti di Thailand.

Seorang pelakon terkenal Thailand mendapat perhatian ramai selepas mengakui bahawa dia seorang pembuli sekolah. Pawat Chittsawangdee (umur 23), pelakon popular Thai yang memainkan watak utama lelaki dalam banyak drama, menulis di media sosialnya pada 8 Januari bahawa dia adalah seorang pembuli sekolah.

BP6qV 5f

Dia menulis, “Saya akan menerangkan apa yang berlaku. Saya seorang yang delinkuen semasa saya masih muda. Saya banyak buat prank tapi saya tidak berniat untuk membuat orang berasa teruk.”

Dia terus berkata, “Ia berlaku semasa saya di sekolah menengah. Selepas membuli seorang kawan, saya telah diberi amaran oleh guru malah saya dihukum. Saya juga terpaksa membawa ibu bapa saya ke sekolah. Ibu bapa saya dan saya memohon maaf kepada mangsa. Ini telah mengajar saya satu pengajaran yang berharga.”

Pelakon itu menambah, “Mangsa pasti rasa tersakiti sehingga hari ini. Saya minta maaf. Saya akan rasa bersalah seumur hidup saya. Saya tidak akan memaafkan diri saya sendiri. Saya memohon maaf kepada semua orang yang saya sakiti dengan gurauan yang saya lakukan semasa saya lebih muda.”

1673465329 image

Baru-baru ini, terdapat banyak siaran yang mendedahkan pelbagai selebriti sebagai pembuli sekolah dan melakukan keganasan sekolah, dengan populariti drama ‘The Glory.’ Catatan ini telah dibuat dengan hashtag ‘The Glory Thai’ di platform media sosial seperti Twitter.

Pawat Chittsawangdee turut mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi selepas beberapa individu mendakwa pelakon itu membuli rakan sekelasnya yang menghidap autisme semasa sekolah menengah. Bagaimanapun, ramai netizen mengecam bahawa permohonan maaf pelakon itu nampaknya tidak ikhlas kerana dia merujuk kepada ‘bulinya’ itu sebagai “gurauan” semata-mata.

Baca lagi: ‘Kelihatan Semakin Kurus,’ Peminat Terkejut Dengan Gambar Terbaru TWICE Jeongyeon

Baca lagi: “Perlu Ke Buat Macam Tu,” Penonton Bengang Dengan Tindakan Netflix Kepada Drama ‘The Glory’

Sumber: [1]