Home News Dia Tiada Tahi Lalat Di Jari, Agensi Nafi Cincin Dipakai Lee El...

Dia Tiada Tahi Lalat Di Jari, Agensi Nafi Cincin Dipakai Lee El Milik Kim Jae Wook

0

Pihak pengurusan pelakon Korea terkenal, Kim Jae Wook, Management Soop menafikan hubungan cintanya dengan aktres Lee El.

Menurut Management Soop, dakwaan itu tidak benar dan Jae Wook juga terkejut dengan khabar angin tersebut.

“Tangan yang dirakamkan dalam foto yang dimuat naik itu sebenarnya bukan tangan Jae Wook. Jae Wook tidak mempunyai tahi lalat dibahagian jarinya.

“Jae Wook juga benar-benar terkejut sebaik sahaja mendengar khabar angin berkenaan. Dan sudah pastinya gosip cinta Jae Wook dan Lee El itu tidak benar sama sekali,” tegas wakil agensi tersebut.

Terdahulu, Lee el pernah berkongsi foto yang merakamkan bahagian jarinya memakai dua bentuk cincin sebelum memuat naik di akaun Instagramnya.

Netizen kemudiannya mendapati satu jenama barangan kemas terkenal telah memuat naik cincin yang sama di laman sosial rasmi mereka.

Capture 4

Sumber Gambar : FB Kim Jae Wook

Menariknya, foto tersebut merakamkan jari seorang lelaki yang memakai bentuk cincin yang sama dengan Lee El.

Capture 5

Sumber Gambar : FB Kim Jae Wook

Spekulasi mengenai percintaan mereka mula timbul selepas netizen membuat perbandingan mengenai ‘hint’ percintaan mereka berdua berdasarkan lokasi tahi lalat yang terdapat pada jari Jae Wook.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Daebaking

Sumber: Soompi, Allkpop