Home Video “Dia Cakap Ada Ramai Kawan…” -Reaksi Kanak-Kanak Ini Makan Berseorang Di Sekolah,...

“Dia Cakap Ada Ramai Kawan…” -Reaksi Kanak-Kanak Ini Makan Berseorang Di Sekolah, Buat Ramai Yang Sebak

0

Meneruskan perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok zaifulsandmanrules, telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai anak lelakinya di sekolah. Beliau mengatakan anaknya sering memesan kepada beliau untuk mengambilnya lewat sedikit kerana ingin bermain bersama rakan-rakan sekolahnya. Namun apa yang dilihat reaksi kanak-kanak ini sedang makan berseorang di tepi laluan pejalan kaki sekolahnya.

Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian warganet apabila melihat reaksi kanak-kanak ini.

Screenshot 2023 09 04 145418
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan mungkin anaknya baru sahaja selesai bermain dengan rakannya dan ingin menghabiskan bekal makanan sebelum pulang ke rumah. Ada juga yang berkongsi cerita di mana anak-anak mereka juga mengalami perkara yang sama, dan memberi nasihat kepada ibu bapa untuk memberi kata-kata semangat sedikit sebanyak membantu emosi anak-anak.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 104.2K penonton, 1773 sukaan dan 180 komen.

Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Dia cakap ada ramai kawan, selalu pesan jangan jemput awal2 sebab nak main dengan kawan2 lepas sekolah”

Baca lagi: Reaksi Kanak-Kanak Petik Bunga Beri Pada Ibu, Buat Ramai Yang Terharu

Baca lagi: Masuk Tandas Di Malaysia Kena Bayar RM 2, Reaksi Pelancong Dari Korea Ini Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@anakmadin14: dia xde kawan.. atau pon sbnr ny dia nk hbs kan makanan dulu baru balik .. xpe dik.. kwn ni x mnjamin dik.. akk pon pnah kena tgal dgn kwn “baik” akk

@Cahaya ke10..: kita npk remeh hal “berkwn”tp dasarnya mempengaruhi mental ank²..ank saya tak ada kwn kt sek,kwn siap halau lg..skrg ank sya refer hospital..kes buli

@Hafiza Samijan: Mungkin dah selesai bermain. Duduk makan dulu sementara tunggu ayahibu pickup…

@ellynaezaidy: Ank sy pnh blik mgadu..kawan dkt sek xnk kwan dgn die..sy nasihat ank sy..x rugi pon lau diorang xnk kawan… berkawan dgn org yg sudi..

@Sikatcapangsa: Bermain dgn kwn² dan berada di kalangan kwn² adalah dua perkara yg berbeza. Eventually keberadaan tu akn ada hasil. Biarkan proses itu berlaku sendiri

@N S I M A: mase tadika ank sulong sy xberkawan sgt … pegi lawatan tgk gmba org lain semua duduk dia xduduk . sy menagis . Alhamdullillah sklh rendah ramai kawa

@missnard: Adik ni buat aku tersentuh . Mcm mana la keadaan ank aku akn sekolah nnti , yg x berapa fasih bercakap . Bole ke dea balek sekolah ngadu

@Mas2ra84: ank sulung sye jenis berat mulut mmg xde kwn2 dr tadika smpak skrg dh sek men. adiknya ramah tamah ramai kwn2.suka g sek awal n tnya nape ambil awal

@honeylicious88: mcm tu la ank2..dgn memerhatikan kwan2 pon depa bahagia dh kan…penat la tu makan bekal dlu perabih

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram