Home Video Datang Dari Jauh Untuk Review Makanan Sekali Lelaki Ini Tak Sangka Dia...

Datang Dari Jauh Untuk Review Makanan Sekali Lelaki Ini Tak Sangka Dia Di’Scam’

0

Sekarang ini banyak influencer atau pempengaruh yang mencari tezeki dengan membuat review makanan atau review barang di platform media masing-masing. Review makanan adalah review yang perlu influencer tersebut mengeluarkan duit jika disuruh untuk pergi ke tempat tersebut. Kali ini video tular memaparkan tentang lelaki yang discam yang mana dia disuruh untuk review kedai makan di sesuatu tempat tetapi semua itu hanyalah ‘gurauan’

Menerusi klip pendek yang tular di tiktok @ariffpeter, dapat dilihat situasi seorang lelaki yang dikatakan telah discam oleh seseorang yang menyuruhnya untuk review makanan di sebuah kedai makan yang terletak di Negeri Sembilan. Difahamkan dia telah datang ke tempat tersebut dari Kuala Lumpur dan rupanya dia telah discam. Dapat dilihat tangkap layar perbualan pada video tersebut yang mana orang yang menyuruh untuk datang ke situ meminta maaf dan ingin memnberikan duit minyak namun ditolak.

Travel dari KL ke Negeri Sembilan semata-mata kena scam.

review1

Di ruangan komen ramai yang marah melihatkan situasi tersebut.

“Paloi tuyuk la tu. Semua benda dia nak buat gurau.”

“apa nama kedai dia bang bak sini biar kitorang buat keje cewah”

“jgn la sshkan org mcm ni.xkesian ke? anyway, stay strong ariff”

“Dia Bukan isu duit tol n minyak tp masa yg terbazir. Sbb kalau x boleh buat benda lain”

Baca juga : Minta Bayaran Sebanyak RM1500 Selepas Tawar Diri Untuk Review Makan, Sekali Ini Respon Anak Pemilik Restoran

Baca juga : “Jual Nama Tentera Dalam Panggilan Palsu” -Lelaki Ini Dedah Cara Baru ‘Scam’ Kedai Makan

Lihat klip video pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Sufiyanz Nasir : harap dapt dijadikan pengajaran pade so pengurau itu.. correct die tengah susah tpi die ingin dptkan hasil dripde titik peluhnya sendri..

@Zul izlan : Atlest ok lah dia nak bertagungjawap. Salam sehat untuk semuanya miss you all

@Aswin Empire : Asbab tu abg boleh upload content ni. kira rezeki jgk ni video fyp

@KEBAB RABAX TANGKAK : Bang brapa bayaran review ke kedai kami di tangkak johor bang..

@BamModjo : report polis terus.. biar masa dia plak dibazirkan sbb ulang alik ke balai..

@fkay7721 : salute brader ni..cuba selesaikn mslh dia dgn usaha titik peluh dia tanpa arapkn bantuan org..last² kna game..

@Fiq : Jgn ingat semua benda nie main2 dik..bro terus bertahan InsyaAllah ada rezeki lain..

@Rubyssignature : Dekat tak dengan segambut. Kalau dekat singgah. Mungkin ada rezeki nanti

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram