Home News Dapat Pampasan RM13 Juta Selepas 37 Tahun Dipenjara, Hakim Mahkamah Isytihar Lelaki...

Dapat Pampasan RM13 Juta Selepas 37 Tahun Dipenjara, Hakim Mahkamah Isytihar Lelaki Ini Tidak Bersalah

0

Kerajaan bersetuju untuk membayar 4,933,725 dolar New Zealand sebagai pampasan bagi 19 tahun yang dihabiskannya di belakang jeriji, kata pemangku Menteri Kehakiman New Zealand, Deborah Russell.

“Kerajaan mendapati Hall tidak bersalah dan memohon maaf tanpa syarat atas sabitan dan hukuman penjaranya”
“Saya mengakui bahawa permohonan maaf dan pampasan tidak dapat sepenuhnya membetulkan ketidakadilan yang dialami oleh Hall, tetapi saya berharap ia sedikit sebanyak membantu Hall membina semula hidupnya dan akan membolehkannya mengejar perkara yang diingininya” -kata Russell

Keluarga Hall berkata, kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa Hall tidak bersalah adalah yang paling penting.

Baca lagi: Suami Isteri Jumpa Duit Hampir RM200,000 Di Loteng Rumah, Tak Sangka Ini Yang Dilakukan Oleh Mereka

Baca lagi: Raptai Hari Kemerdekaan, Reaksi Salah Seorang Penari Pula Tarik Perhatian Ramai

Screenshot 2023 08 28 093525

Lihat juga video dibawah:

“Ibu Alan, Shirley, penyokong terbesarnya, berjuang selama beberapa dekad untuk mendengar kata-kata itu. Bahawa beliau tidak ada di sini hari ini untuk mendengar kata-kata itu dilafazkan akhirnya menjadi detik ini pahit”
“Alan berusia 24 tahun ketika dia ditangkap. Dia kini berusia 61 tahun, dengan pengumuman hari ini, Alan kini boleh memberi tumpuan kepada apa yang dinafikan daripadanya selama beberapa dekad, membina hidupnya sebagai seorang yang bebas” -menurut kenyataan keluarga itu

Mereka juga berharap siasatan dapat diteruskan bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab atas kematian Arthur, serta meminta orang ramai yang turut terkesan dan dipersalahkan dengan perkara tidak benar untuk bangkit dan lawan sehabis-habisan.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung