Home Entertainment CL Beri Harapan Kepada Peminat, 2NE1 Akan Kembali Beraksi?

CL Beri Harapan Kepada Peminat, 2NE1 Akan Kembali Beraksi?

0

Jangan cakap anda peminat K-Pop kalau anda tidak mengenali kumpulan hebat, 2NE1. Kumpulan wanita itu antara yang merupakan ‘jambatan’ awal K-Pop kepada peminat luar negara.

Sudah beberapa tahun tidak bersama, kumpulan itu membuat kejutan tidak dijangka apabila muncul di pentas Coachella pada bulan lalu.

278958947 714248499714618 2772537183058825880 n

Meskipun hanya mempersembahkan lagu ‘I Am The Best’ sahaja namun ianya cukup untuk membuatkan peminat K-Pop lama bangkit daripada rehat mereka.

Menerusi “You Quiz on the Block”, CL berkongsi bahawa dia berpuas hati melihat reaksi semua,

“Sangat seronok. Perasaan bersama di atas pentas sangatlah bebas. Tak kira berapa lama kita tidak berjumpa, perasaannya kekal sama.”

283967151 702507530819333 4539304822287157678 n

Apabila ditanya mengenai pelan comeback 2NE1, CL beri jawapan, “Rahsia. Haraplah jadi kenyataan!

Walaupun jawapan yang diberikan itu tidak memberikan sebarang kepastian, tetapi peminat sudah boleh mula berangan dan berharap! Sebarang kemungkinan boleh berlaku.

 

Artikel Berkaitan: 2NE1 Terpaksa Merahsiakan Persembahan Di Coachella Kerana YG Entertainment

Artikel Berkaitan: 2NE1 Park Bom Kelihatan Sangat Gementar Di Pentas Coachella, CL Segera Melakukan Ini Untuknya