Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Cinta Bersemadi Di Balik Tembok Istana, 4 Drama Sageuk Romantik Paling Dinanti...

Cinta Bersemadi Di Balik Tembok Istana, 4 Drama Sageuk Romantik Paling Dinanti Tahun 2025

0

Cinta yang abadi tidak pernah lapuk dek zaman,  apatah lagi jika dibalut dengan keindahan hanbok dan berlatar belakangkan era pemerintahan beraja (sageuk).

Tahun 2025 bakal menjadi tahun yang memanjakan peminat drama bersifat sejarah (sageuk) dengan deretan kisah cinta menyentuh hati yang membawa penonton merentasi masa silam, lengkap dengan kemewahan istana, pengorbanan, dan percintaan yang penuh rintangan.

Kisah-kisah ini turut menyajikan konflik dan rahsia di sebalik tembok istana, menjadikan drama-drama genre sageuk ini pilihan wajib buat pencinta genre sejarah romantik. Berikut ialah empat drama sageuk romantik yang dijadualkan tayang pada tahun 2025 dan wajib dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda!

1. The Haunted Palace

Sageuk

Drama genre sageuk fantasi ini telah mula ditayangkan di Viu dan Netflix. Mengisahkan Yun Gap, seorang pegawai istana yang terkenal dengan reputasi baik serta wajah tampan, namun hidupnya berubah apabila tubuhnya dirasuk makhluk legenda bernama Imoogi. Sejak kejadian itu, Yun Gap berkelakuan aneh dan dikatakan telah hilang kewarasan.

Imoogi yang merasukinya sebenarnya mempunyai kaitan dengan Yeo Ri, wanita yang pernah menjadi cinta pertama Yun Gap. Yeo Ri ialah cucu kepada seorang bomoh terkenal, namun dia enggan meneruskan takdir sebagai perantara roh dan memilih untuk menjadi pengrajin kaca. Apabila Imoogi mengincarnya sebagai tubuh tumpangan untuk naik ke langit, Yeo Ri bertekad untuk melawannya.

Bagi menyelamatkan Yun Gap dan menghentikan niat jahat Imoogi, Yeo Ri memasuki istana yang kini dibayangi roh wanita penuh dendam. Dalam masa yang sama, Raja Yi Seong, pemerintah muda yang ingin membina Joseon yang kuat, turut diselubungi misteri kejadian aneh di dalam istana. Bersama Yun Gap dan Yeo Ri, baginda menyiasat rahsia kelam yang tersembunyi di sebalik roh-roh perempuan yang menyimpan dendam terhadap kerabat diraja.

2. Dear Hongrang

371936be 4336 4e72 834c 45cb83f2253b

Berlatar akhir Dinasti Joseon, sebuah keluarga yang menjadi kaya melalui perdagangan seni digoncang apabila anak lelaki mereka, Hong Rang, pulang ke rumah selepas hilang selama sepuluh tahun, tanpa mengingati apa-apa tentang masa lalunya.

Jae I, adik tiri Hong Rang yang cerdas dan rupawan, menyimpan luka batin akibat kehilangan abang tersayang. Kehidupannya menjadi suram sejak pemergian Hong Rang, lebih-lebih lagi dengan kehadiran ibu tiri yang kejam dan ayah yang tidak peduli.

Kini dengan kepulangan Hong Rang yang penuh persoalan, Jae I nekad untuk menyelongkar misteri di sebalik kehilangannya.

3. The Moon Flows over the River

ea6a824a a027 43ef 8934 ffaaff316214

Putera Mahkota Joseon, Lee Gang, menjadi dingin dan menyimpan dendam selepas kematian isteri tercinta. Namun rancangannya untuk membalas dendam terganggu apabila dia bertemu Park Dal I, seorang pedagang kuda ceria yang memiliki wajah persis mendiang isterinya.

Dalam satu kejadian luar jangka, roh mereka bertukar tubuh. Kini, Lee Gang yang berwatak dingin terperangkap dalam tubuh Dal I yang bersahaja, dan sebaliknya. Pertukaran ini membawa mereka ke dalam konflik emosi dan rahsia takdir yang tak terduga.

Baca juga: Suka “The Haunted Palace”? Tonton 3 Koleksi Drama Sageuk Popular Lain dari PD Yang Sama

4. The First Night with the Duke

Drama sageuk

K, seorang pelajar universiti biasa, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah apabila dia terjaga dalam dunia novel romantik kegemarannya. Kini, dia menjadi Cha Seon Chaek, watak sampingan dari keluarga bangsawan.

Matlamat hidupnya mudah: ingin menjalani kehidupan tenang tanpa terlibat dalam konflik besar seperti dalam jalan cerita asal. Namun, segalanya berubah apabila dia secara tidak sengaja menghabiskan malam bersama watak utama lelaki, Lee Beon, seorang bangsawan pilihan raja yang berjiwa dingin dan menyimpan luka lama.

Walaupun Seon Chaek berusaha menjodohkan Lee Beon dengan watak utama wanita, Cho Eun Ae, takdir tidak mengikut perancangannya. Hati Lee Beon sentiasa tertarik kepadanya. Kisah ini menjadi lebih rumit apabila muncul Jung Su Gyeom, sahabat setia Lee Beon, dan Do Hwa Sun, wanita penuh cita-cita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memasuki keluarga diraja.

Setakat ini, hanya The Haunted Palace telah menayangkan episodnya. Tiga lagi drama sageuk ini dijangka akan mencuri perhatian peminat genre sejarah romantik sepanjang tahun ini. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah-kisah cinta penuh konflik, misteri dan emosi dari masa silam yang pasti menyentuh jiwa.

Baca lagi: Zhao Lusi, Seribu Wajah dan Seribu Pesona di Layar Kaca
Baca juga: 12 Drama Korea Slice of Life Pada Awal 2025, Sarat Nilai, Sarat Emosi