Home K - Pop ‘CEO Dari Neraka…’ -Ahli Kumpulan OMEGA X Di’Dera’ Oleh Pengurus Agensi

‘CEO Dari Neraka…’ -Ahli Kumpulan OMEGA X Di’Dera’ Oleh Pengurus Agensi

0

Pada 24 Oktober yang lalu, SBS telah mengeluarkan video mengenai tuduhan yang dilakukan oleh OMEGA X berkaitan CEO yang telah memukul salah seorang ahli kumpulan mereka ketika konsert jelajah. Peminat OMEGA X menyaksikan sendiri video tersebut yang CEO Agensi telah memukul ahli kumpulan itu.

Tweet asal telah meraih perhatian apabila seorang peminat menjelaskan, ‘Korang, saya tengah tunggu makanan daripada Uber dan kami telah lihat salah seorang ahli kumpulan OMEGA X dipukul oleh CEO mereka. Saya mengigil namun tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Mereka dipukul di hadapan saya dan saya tidak mampu melakukan apa-apa.’ dengan memuat naik sekali bunyi seakan CEO tersebut memukul dan menjerit kepada ahli kumpulan tersebut.

Selepas pertuduhan itu, agensi OMEGA X, Spire Entertainment telah menjelaskan bahawa mereka akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan.

Pada 24 Oktober lalu, SBS telah menyiarkan footage CEO tersebut melakukan kekerasan melalui ucapan dan juga fizikal. Di dalam video tersebut, CEO dilihat menjerit kepada ahli kumpulan itu, Jaehan yang diduduk di atas lantai dan kelihatan panik. Namun, CEO itu tidak mengendahkan keadaan Jaehan dan terus-terusan memaki hamun nya. Dalam satu video yang lain, CEO itu dilihat telah menyeret Jaehan di atas lantai dengan mencekak kolar baju miliknya. Jaehan dilihat cuba untuk bangun dan dalam keadaan ketakutan. 1666630618 image1666630614 image

1666630625 image 1

Apa yang lebih mengejutkan semua pihak, CEO tersebut tidak kelihatan ingin berhenti daripada melakukan kekerasan kepada ahli kumpulan tersebut. Dia turut tidak menyesal atau bersimpati selepas diajukan soalan tersebut melalui panggilan telefon oleh SBS. Dia malah menafikan tindakan yang telah dilakukan oleh nya. CEO itu turut menambah bahawa pelaku yang memuat naik video tersebut, mempunyai hasad dengki terhadap agensi miliknya.

Netizen Korea tidak mampu mengawal amarah mereka melalui forum atas talian dengan melontarkan kata-kata nista yang mengeji perbuatan CEO tersebut.

‘Dah tahu mental, tak payah la jadi CEO!’

‘Apa CEO bangsat sangat ni perangai?!’

‘Dia gila!!!’

‘Ni layak digelar, CEO DARI NERAKA!’

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: