Home Entertainment Cemburu Punca ‘Perang Dingin’ Antara Victoria Beckham Dan Menantu, Nicola Peltz?

Cemburu Punca ‘Perang Dingin’ Antara Victoria Beckham Dan Menantu, Nicola Peltz?

0

Peltz, 27, baru sahaja berkahwin dengan Brooklyn Beckham, 23 – anak sulung Victoria dengan bintang bola sepak David Beckham – pada bulan April.

Tetapi menurut sumber Page Six, mereka dapat tahu bahawa terdapat masalah yang berlaku antara mereka daripada sebelum majlis perkahwinan lagi.

“Mereka tidak tahan antara satu sama lain dan tidak bercakap,” kata sumber yang rapat dengan keluarga itu.

Screenshot 2022 08 07 105009

Sumber itu mengatakan bahawa Peltz – yang merupakan anak perempuan kepada pelakon jutawan New York Nelson Peltz, tidak mahu bakal ibu mertuanya mengambil bahagian dalam perancangan majlis, dan dia tidak memberitahu Victoria apa-apa info tentang majlis perkahwinannya.

Peltz dan Brooklyn telah berkahwin pada bulan April dan pengantin perempuan nampaknya tidak mahu Victoria terlibat. Manakala, Victoria pula nampaknya tidak suka bahawa Peltz dipanggil sebagai “Puan Beckham Baharu.”

brooklyn victoria david beckham nicola peltz 14

Sumber mengesyaki bahawa Peltz, yang telah muncul dalam drama bersiri A&E “Bates Motel” dan dalam “Transformers: Age of Extinction” mungkin berasa sedikit cemburu dengan Victoria.

Dia merasakan bahawa ibu mertuanya itu terkenal di seluruh dunia dan tidak suka dengan perhatian yang diraih wanita berusia 48 tahun itu, terutamanya pada hari perkahwinannya April lalu.

Baca lagi: “Mereka Sering Kelihatan Bersama,” Apa Hubungan J-Hope Dengan Model Ini?

Sumber: [1]