Home Kdrama/Kmovie Castaway Diva: Kenapa Populariti Yoon Ran Joo Tenggelam, Mangsa Manipulasi?

Castaway Diva: Kenapa Populariti Yoon Ran Joo Tenggelam, Mangsa Manipulasi?

0

Castaway Diva (2023) merupakan kisah tentang Seo Mok Ha (Park Eun Bin), seorang gadis yang memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi. Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia terdampar di sebuah pulau terpencil selama 15 tahun sebelum dia diselamatkan.

Dalam Castaway Diva, selain Mok Ha, ada satu watak lain yang menarik dalam drama tersebut iaitu Yoon Ran Joo. Dia merupakan seorang bintang top dan diva cantik yang diminati oleh Mok Ha yang dilakonkan oleh Kim Hyo Jin. Sebelum bertemu dengan Mok Ha, kehidupannya yang berada di puncak kegemilangan kemudian hidupnya semakin susah dan popularitinya semakin pudar, hingga dia nyaris bunuh diri.

Ada beberapa perkara yang membuatkan hidup Yoo Ran Joo berubah secara drastik, hingga akhirnya dia bertemu Mok Ha dan bersinar kembali.

 

1. Yoon Ran Joo menghidapi tiroid pita suara

4bcdfe0c 5c44 4a8e a84e ae74818640f3Sewaktu pertama kali Mok Ha datang ke Seoul, perkara pertama yang ingin dilakukannya adalah bertemu dengan Yoon Ran Joo. Malangnya sebelum acara bermula, Yoo Ran Joo tiba-tiba panik kerana penganjur ingin Yoo Ran Joo menyanyi secara langsung, kerana ada masalah teknikal. Waktu itu Yoo Ran Joo memutuskan untuk mabuk dan akhirnya dia diselamatkan oleh Mok Ha yang menyanyi untuknya di belakang pentas.

Rupa-rupanya Yoo Ran Joo tidak menyanyi secara langsung adalah kerana dia mengalami tiroid di pita suara (singer’s nodes). Perkara tersebut dirahsiakan dari orang ramai, bahkan Presiden Lee dan ibunya juga tidak mengetahuinya. Yoon Ran Joo juga pernah melakukan pembedahan secara sembunyi, tetapi suaranya tidak kembali seperti asal. Dia kian jarang tampil kerana suaranya sudah tidak semerdu dulu.

Baca juga: Castaway Diva, 3 Kronologi Seo Mok Ha Terdampar di Pulau Terpencil

2. Yoo Ran Joo ditinggalkan peminat

59523935 6a96 4e65 97d3 abff05244162Yoo Ran Joo menerima kenyataan bahawa kini dia kehilangan semua peminatnya. Bukan hanya itu, semua artikel mendedahkan bahawa dia adalah seorang penyanyi yang gagal. Yoo Ran Joo tidak mendapat sebarang tawaran kerja dan hanya bekerja untuk acara-acara kecil sahaja. Di situlah puncak kegagalannya dan dia ingin mengakhiri hidupnya. Akhirnya Mok Ha muncul dan kemunculan itu pada waktu yang tepat. Mok Ha juga dianggap sebagai anugerah yang akhirnya membantunya untuk tetap bertahan.

 

3. Dilayan dengan buruk oleh agensinya

Castaway diva Yoon Ran Joo pun diperlakukan sangat buruk oleh agensinya sendiri. Sebagai seorang bintang top seperti dirinya, dia sering diberi tugas yang tidak sesuai dan beberapa acara dihentikan. Selain aktiviti Yoon Ran Joo yang seolah-olah dimanipulasi, Lee Seo Joon (Kim Joo Heon) menarik semua album milik Yoon Ra Joo kerana kontrak yang akan berakhir 6 bulan sahaja lagi.

Bukan hanya kehilangan suaranya, Yoon Ran Joo juga kehilangan banyak perkara penting dalam hidupnya. Hidupnya pernah jatuh merudum dan membuatnya perlu kembali berjuang supaya boleh bersinar lagi.

Anda dah tonton Castaway Diva?

Baca lagi: 4 Persamaan Castaway Diva dan Start-Up, Pengarah dan Penulis yang Sama
Baca juga: Castaway Diva: 3 Sifat Ibu Bapa Toksik Yang Tidak Harus Dicontohi