Connect with us

Lifestyle

Burger Korea Pedas McDonald’s Kembali Menemui Peminatnya

Berita baik buat penggemar Burger Korea, ‘idola terhangat’ kini kembali beraksi di McDonald’s atau lebih glamor dipanggil McD.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, Spicy Korea Burger terus menjadi menu yang digemari rakyat Malaysia.

Kali ini rasa Korea itu menjadi lebih ‘daebak’ apabila McD memperkenalkan Spicy Korean Burger K-Duo yang menyatukan rasa ayam dan daging diperap kimchi di dalam satu burger bersama-sama sos Korea pedas.

Bolehlah mengubat rindu kepada penggemar makanan Korea di sini meskipun tidak dapat melancong atau melawat ke sana untuk menikmati negara K-pop itu.

Kedua-dua Burger Korea Pedas dan Burger Korea K-Duo ini juga akan dihidangkan bersama-sama kentang dan minuman Coca-Cola dalam saiz sederhana, besar dan ala-carte.

Manakala pencuci mulut pula anda boleh cuba Butterscotch Cookies McFlurr dan Yuzu Cream Cheese Pie.

Orang ramai boleh mendapatkannya melalui aplikasi McDelivery atau pandu laju di cawangan McDonald’s berdekatan dan hanya tersedia untuk masa yang terhad.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading
Advertisement

Copyright © 2021 DaebaKing Media Sdn Bhd