Home Kdrama/Kmovie Bukan Biasa-Biasa, Ini 7 Top Drama Korea Yang Sedang Rancak Di Viu

Bukan Biasa-Biasa, Ini 7 Top Drama Korea Yang Sedang Rancak Di Viu

0

Apabila buka aplikasi TikTok, selalu juga saya jumpa pengguna kongsi video klip babak dalam drama yang best-best.

Kebanyakan dramanya boleh ditonton di laman sesawang atau aplikasi Viu. Saya pun langgan je lah sebab terus terang cakap, kalau versi percuma ni banyak tengok iklan dari tengok cerita.

Selain itu, boleh layan content premium tanpa had dan tak perlu lagi terganggu dengan orang kibas-kibas tuala tayang syampu dalam iklan setiap 5 minit semasa tengah syok layan cerita.

photo 2021 12 02 13 59 58

Berikut tujuh drama Korea yang sedang top di Viu sekarang dan memaparkan dunia kerjaya, kehidupan serta kemanusiaan:

1. Ordinary Day

1 1

Seorang mahasiswa bernama Kim Hyun Soo (Kim Soo Hyun) dituduh melakukan pembunuhan.

Semasa berasa hampir tiada harapan, datang seorang peguam bernama Shin Joong Han (Cha Seung Won) yang ingin membantunya.

Drama Korea ‘One Ordinary Day’ ini merupakan remake siri Inggeris berjudul ‘Criminal Justice’ yang pernah disiarkan di BBC pada tahun 2008.

2. Now, We Are Breaking Up

2 1

Dalam cerita ini, Ha Young Eun (Song Hye Kyo) layan cinta seperti trend fesyen. Dia merupakan ketua tim pereka untuk sebuah syarikat fesyen.

Di sebalik keanggunan, kecantikan dan kecerdasannya, wanita trendy ini lebih praktikal, berhati dingin dan lebih pentingkan kestabilan dalam hidup.

Kemudian dia bertemu denganYoon Jae Kook, seorang jurugambar fesyen bebas yang cukup pakej; kaya, bijak dan hensem.

3. Happiness

3 1

Penghuni sebuah kompleks pangsapuri diserang virus. Lebih parah lagi bila penduduk apartmen itu didiskriminasikan mengikut status sosial.

Orang kaya akan duduk di tingkat atas, lebih tertutup dan selamat berbanding masyarakat di tingkat bawah yang terdedah kepada serangan virus.

Selain wabak itu, boleh dilihat bagaimana manusia dalam drama ini turut berperang psikologi yang sengit, terpapar warna sebenar masing-masing bila berada dalam ketakutan.

4. Secret Royal Inspector Joy

4

Drama yang menggabungkan genre sejarah, komedi, dan misteri ini menceritakan tentang Ra Yi Eon (Taecyeon), seorang pemuda pencinta makanan semasa era Dinasti Joseon.

Impiannya sederhana sahaja iaitu beli sebidang tanah di kampung dan buka kedai makan.

Namun kerana otaknya yang bergeliga, dia lulus periksa dengan cemerlang dan dapat jawatan penting dalam kerajaan serta mengundang cemburu pesaingnya. Tapi dia tak peduli sebab dia asyik fikir pasal makan je.

5. Melancholia

5

Baek Seung Yoo merupakan pelajar pendiam dan penyendiri tetapi genius matematik. Otaknya macam ada kalkulator sebab nampak formula matematik di mana-mana.

Tetapi berlaku peristiwa semasa usianya 12 tahun yang membuatkan prestasinya terbantut. Jin Yoon So, seorang guru yang nampak potensi anak muridnya itu cuba membantu.

Tetapi lain jadinya bila hubungan mereka dituduh skandal antara guru dan pelajar sampai Jin Yoon So hilang kerja. Adakah nama dan imej mereka dapat dibasuh semula?

6. Chimera

6

Seorang detektif bernama Cha Jae Hyun dibantu doktor bernama Lee Joong Yeob dan Yoo Jin, seorang criminal profiler bagi merungkai sebuah kes misteri yang dipanggil Chimera, iaitu kejadian pembunuhan pada tahun 1984 dan masa kini.

Chimera merupakan makhluk mitos berkepala singa, bertubuh kambing, berekor ular dan menghembuskan nafas api.

Drama bergenre thriller dan saspens ini dibintangi oleh pelakon hit seperti Park Hae Soo, Claudia Kim dan Lee Hee Joon.

7. The Red Sleeve

7

Yi San adalah putera mahkota dan pewaris takhta selepas kemangkatan raja terdahulu. Bila sudah pegang tampuk pemerintahan, dia cuba jadi raja yang baik dan merombak hukum istana.

Tapi kadang prinsip dia goyang setelah tertangkap cintan dengan seorang wanita bercita-cita tinggi bernama Sung Deok-im.

Sekiranya anda tahu ada lagi drama yang lebih best, boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen 🙂