Home K - Pop BLACKPINK Membuat Penampilan Sulung di Amerika Syarikat

BLACKPINK Membuat Penampilan Sulung di Amerika Syarikat

0
Screen Shot 2018 11 01 at 1.13.31 PM 1

Fenomena Blackpink kini semakin memuncak apabila mereka semakin mendapat perhatian peminat global. Tahun 2019 nampaknya mereka sudah mula melebarkan sayap ke industri muzik Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, mereka telah hadir untuk penampilan sulung mereka di Amerika Syarikat melalui program temu bual “The Late Show”. Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah dijemput sebagai tetamu bagi rancangan “Good Morning America” (GMA). Saksikan persembahan mereka dengan lagu hitnya “DDU-DU DDU-DU” di bawah ini.

Malah, kumpulan wanita yang terdiri daripada empat ahli ini iaitu Rosé , Jennie, Lisa dan Jisoo dikatakan bakal membuat persembahan di salah sebuah festival muzik terbesar dunia, “Coachella” bersama dengan barisan artis terkemuka dunia.

Jadi, sesiapa peminat BLACKPINK jangan lupa pulak mereka akan datang ke Malaysia tak lama lagi. Manalah tau terjumpa dorang jalan-jalan kat Pavi, dapat ajak lepak sekali…