Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok abgpopia, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita meninggalkan sebentar anaknya di dalam ‘stroller baby’ di hadapan kedai dobi. Tindakan wanita ini telah dilihat oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Popia yang merupakan influencer di media sosial. Namun reaksi wanita ini juga telah mendapat perhatian daripada netizen dan bimbang atas tindakan si ibu ini yang meninggalkan sebentar anaknya di hadapan kedai dobi sebegitu sahaja.

Screenshot 2023 10 12 202133
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tidak sangka atas tindakan wanita ini yang membiarkan anaknya di hadapan kedai dobi begitu sahaja. Ada juga yang mengatakan kemungkinan wanita ini terlupa bahawa beliau juga membawa anaknya di dobi berkenaan. Keadaan ini juga membuatkan para penonton bimbang dan video klip ini juga telah tular di media sosial serta mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 106.1K penonton, 3173 sukaan dan 707 komen.

Baca lagi: Menangis Nak Gelang Emas Baru, Reaksi Kanak-Kanak Ini Minta Ibu Belikan Emas Tarik Perhatian Ramai

Baca lagi: Laungkan Azan Di Masjid Imam, Sekali Reka Bentuk Masjid Ini Pula Jadi Perhatian

Lihat klip durasi pendek tindakan wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@LindaHarun92: ya Allah…klau aku biar tak ada tempat lalu stroller pon..aku angkat je naik atas.apa mslh pon.dari hilang anak

@AISHAH SHOP: bang tolong hon….ibu ² mmg kadang fikiran becelaru..tu kdng xfikir bahaya pd ank

@Southern Piranha: boleh da merancang. sepanjang masa guna alasan burn out payah juga

@Plain.Vanilla.Plussize: klu sy.. sy tlg bawak anak tu pegi ke emaknya.. nasihat emaknya skali

@Amaleena1234*: Maknye burn out kut, tapi bagusla bang, membantu tanpa mengira waktu.

@Ann_ann: Bang ckp dgn sapa, mana mau mak dia dgr apa dickpkn..take action je.

@Cik Hazwani: ni mesti kepala tengah berserabut pikir macam2..dia terlupa..percayalah.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleAnak Murid Jatuh Tangga, Reaksi Guru Ini Di’Prank’ Buat Ramai Terharu
Next articleHidangkan Ikan Hidup Buat Rakan-Rakan, Gelagat Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur