Home New Post Berkat Kuasa Netizen, Adik Ini Akhirnya Dapat Kaki Palsu Selepas Larian Bertongkat...

Berkat Kuasa Netizen, Adik Ini Akhirnya Dapat Kaki Palsu Selepas Larian Bertongkat Tular

0

Baru sahaja minggu lepas tular mengenai seorang pelajar oku yang gigih menyertai aktiviti larian dan ditemani oleh gurunya sehingga ke garisan penamat.

Dan baru-baru ini kita mendapat berita budak tersebut yang bernama Muhammad Aqil Naufal Zahiran bakal mendapat kaki palsu paras pinggang. Menerusi video yang tular di tiktok @utusantvofficial, dapat dilihat detik-detik pelajar tersebut bertemu dengan Menteri Belia dab Sukan, Hannah Yeoh.

“Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya,” kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Jumaat.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik Muhammad Aqil, yang memerlukan kaki palsu paras pinggul.

Pakar Perubatan Sukan ISN, Dr Ahmad Munawwar Helmi berkata, “Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi.”

Baca juga : Temani Anak Murid OKU Berlari Hingga Ke Penamat, Situasi Ini Buat Ramai Yang Sebak

Baca juga : “Kena Paksa Lari Ke Dik”-Reaksi Kanak-Kanak Menangis ‘Berjemaah’ Ketika Acara Larian Buat Ramai Yang Terhibur

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@aciksufian86 : aku suka dgn menteri belia dan sukan skrg ni Yb hannah yeoh sgt prihatin.

@Mat Pduih : Menteri zaman PMX kurang berckp tp hasil kerja mmg gred A. Beri peluang pd mereka buktikan. Nilai selepas 5 tahun. Beri peluang

@ivy : mana cikgu yg berlari sama2 dgn adik tu? cikgu,xpenah menyerah demi anak2

@Pejuang kehidupan : salah satu kebaikan VIRAL. terus berusaha dik..

@laila_lalai : Alahamdulillah, rezeki adik ni. Patutnya terima kasih juga pada yg merakam event ketika itu n cikgu yg beri semangat hingga ke garisan penamat….

@Tan happy : lihat lah dengan mata hati bahawa menteri kerajaan perpaduan terbaik

@Udin02132099 : CIKGU HEBAT…adik AQIL…Masyallah …n Hannah Yeoh…your the great ever menteri sukan yg saya ever seen.jngan pernah malu nak akui akn kje2 beliau.

@ainfavpink94 : yb Hannah yeoh Ni bgus..walaupun ak x pangkah parti dia tpi dia bgus…

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram