Home K - Pop Berasal Dari Sweden Tapi Mampu Cipta Lagu Korea Yang Hebat. Kenali Pencipta...

Berasal Dari Sweden Tapi Mampu Cipta Lagu Korea Yang Hebat. Kenali Pencipta Lagu Red Velvet ‘Zimzalabim’ Ini

0

Girls Generation, SHINee, Loona dan TVXQ adalah antara beberapa nama besar K-pop dan mempunyai satu persamaan. Kesemua mereka telah merakamkan lagu yang dicipta oleh penulis lagu ‘duo’ dari Sweden iaitu  Daniel Caesar dan Ludwig Lindell atau lebih dikenali sebagai Caesar & Loui.

Sejak kedua-duanya mula terlibat dalam industri muzik secara profesional sejak tahun 2013, mereka telah menghasilkan beberapa lagu yang ‘hits’.

Ditanya apakah karya mereka yang paling tidak dapat dilupakan? Ia pastinya lagu Red Velvet’s 2017 mega-hit yang berjudul “Red Flavor.” Lagu ini dianggap fenomena yang menjadi pencetus kejayaan mereka bukan sahaja di Korea malah di luar negara serta telah memenangi pelbagai anugerah di upacara berprestij.

bw364

Ludwig Lindell (kiri) dan Daniel Caesar. (Caesar & Loui’s Instagram)

” Kami telah menggubah lagu tersebut dengan menjadikan Little Mix dan Beyonce sebagai inspirasi. Lagu sebegitu sememangnya telah mendapat pujian dan juga kritikan namun berjaya memenangi pelbagai anugerah dan itu merupakan faktor penting,” kata pasangan itu dalam temuramah bersama The Korea Herald.

Dan selepas bertahun-tahun dibayangi oleh kekalahan pertandingan penciptaan lagu kepada “Roulette Rusia” dan “Rookie”, lagu Red Velvet iaitu “Zimzalabim,” salah satu ciptaan awal ‘duo’ tersebut akhirnya mencipta kejayaan ketika pertama kali dilancarkan pada Jun.

Sewaktu sidang akhbar, Red Velvet berkata Ketua Penerbit S.M. Entertaintment Lee Soo-man “yakin bahawa kumpulan tersebut sudah bersedia untuk melancarkan karya ulung itu”

” Kami mahu mencipta lagu yang mempunyai beberapa bahagian yang berbeza dan memberi banyak keseronokan” kata kedua-dua penulis lagu itu mengenai “Zimzalabim.”

Kata mereka lagi, lagu tersebut beberapa kali melalui fasa mencabar dan proses penghasilan yang memberi tekanan sebelum terhasilnya sebuah paduan suara di mana ia mempunyai lebih banyak “bunyi gelap” dan “irama dinamik” berbanding dengan lagu “Red Flavor” yang lebih pop dan ‘funky’.

” Kami memutarkan lagu ‘I Got a Boy’ oleh Girls Generation sewaktu awal pembabitan dalam penulisan lagu K-pop lalu timbulnya idea menulis lagu ‘Zimzalabim.’ Ia adalah cetusan idea yang spontan. Kami berasa sangat bebas dengan idea kreatif kami.”

Proses penerbitan lagu itu juga menyerlahkan pelbagai kreativiti memandangkan lagu itu diberi lirik yang aneh serta unik dan video muzik juga telah dilakukan di sebuah taman tema yang menakjubkan.

” Bagi kami, perasaan terbaik adalah ketika menonton lagu itu sebaik ia dilancarkan di YouTube dengan video muzik dan gerakan tarian yang hebat. Kami benar-benar teruja dengan semua perhatian yang diberikan selepas video itu terhasil. Kami berasa sangat bertuah untuk menjadi sebahagian dari projek ini”

Sahabat karib yang kini merupakan penulis lagu dari Sweden ini juga merupakan tempat kelahiran legenda pop seperti ABBA dan Max Martin di mana kedua-duanya adalah inspirasi muzik terbesar kepada mereka.

Ketika ditanya apakah sebab penulis lagu dari Sweden sering menghasilkan lagu pop yang hebat, mereka berkongsi pendapat mereka.

” Kami sebenarnya mempunyai lenggok bahasa yang sangat ‘melodik’ apabila kami bercakap dan ekonomi kami juga sangat stabil di mana anda boleh mendapatkan pinjaman pelajaran sebagai contoh, untuk menjadi pencipta lagu dan pemuzik.”

Dan ianya bermula sekitar enam tahun yang lalu apabila kedua-duanya memulakan kerjaya muzik mereka bersama-sama, terutamanya memberi tumpuan kepada K-pop yang pada waktu itu berkembang pesat.

” Banyak rakan kami (di Sweden) sudah mencipta muzik K-pop dan dari situ kami mendapat inspirasi dari lagu-lagu yang dihasilkan oleh mereka,” tambah mereka.

Kedua-duan mereka telah bekerjasama erat dengan S.M. Entertainment artis iaitu antaranya Red Velvet, f (x), Super Junior, EXO-CBX dan TVXQ.

Dan S.M., yang merupakan syarikat hiburan terbesar Korea Selatan, terkenal dengan lagu-lagu hebat, di mana artis berkumpul dan menjalin kerjasama dengan sekumpulan penulis lagu serta penerbit antarabangsa dalam menghasilkan muzik dengan lebih berkesan.

” S.M. memberi kami maklumat berkenaan apa yang artis mahukan (dalam) sesebuah lagu dan kemudian kami cuba untuk menghasilkan sebuah karya yang bersesuaian. Kami juga tidak tahu sekiranya lagu yang dihasilkan itu akan menjadi milik penyanyi tersebut ataupun diberi kepada penyanyi lain”, jelas mereka.

” Kami fikir sifat  keterbukaan S.M. adalah sesuatu yang sangat pintar memandangkan dunia kini berkembang ke arah (bekerja bersama) sepanjang masa.”

Kumpulan K-pop sering mempunyai beberapa orang ahli kumpulan, dan pasangan ‘duo’ pencipta lagu itu memberitahu jumlah mereka secara umum adalah faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

” Sebagai contoh untuk menulis lagu EXO, kita tahu gaya unik ahli dan kami cuba mendapatkan bahagian dalam lagu yang sesuai dengan mereka,” kata mereka sambil memetik EXO adalah salah satu artis yang mereka mahu bekerjasama untuk projek masa depan .

bw362

Daniel Caesar di studio rakaman di Seoul. (Caesar & Loui’s Instagram)

” Trend K-pop memang hangat sekarang malah kami tahu ia akan menjadi lebih besar dan berkembang pesat. Sungguh luar biasa untuk melihat perkembangan ini dan kami berasa gembira keran menjadi sebahagian daripadanya. ”

Oleh Yim Hyun-su ([email protected])

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: koreaheld