Home News Berapa Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Patut Anda Isi? Ini Jawapannya

Berapa Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Patut Anda Isi? Ini Jawapannya

0

Tayar kereta merupakan komponen yang paling penting untuk setiap kenderaan tidak kira kereta, motor, basikal mahupun beca setiap kenderaan itu memerlukan tayar untuk bergerak.

Tayar kereta juga merupakan komponen yang paling banyak digunakan untuk kereta, kerana kereta akan bergerak sekiranya tayar itu berfungsi. Jadi tayar, paling banyak membuat kerja dan terdedah dengan pelbagai jenis permukaan jalan raya.

Daripada jenis permukaan jalan raya yang elok bertar, hinggalah jalan raya yang berlopak dan berbatu. Setiap permukaan pada jalan raya itu memberi kesan buruk pada tayar kereta tersebut.

Jadi penjagaan tayar adalah sangat penting untuk setiap pengguna kenderaan tersebut, kerana tanpa penjagaan yang rapi ia boleh membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang.

Pelbagai perkara buruk yang boleh berlaku, melibatkan tayar kereta seperti tayar pancit dan tayar meletup yang boleh memberi kesan pada kereta itu sendiri seperti kemalangan jalan raya ataupun kereta tidak dapat dikawal.

Sekiranya anda ingin merancang perjalanan yang jauh, perkara pertama yang anda perlu periksa pada kereta adalah tekanan angin pada tayar kereta tersebut. Jika anda menggunakan tayar pancit untuk perjalanan yang jauh, ia menyebabkan kemalangan jalan raya.

Jadi sebelum keluar berjalan pastikan anda berhenti di mana-mana stesen minyak berdekatan untuk memeriksa tekanan angin tayar kereta.

Periksa Tekanan Tayar Kereta

Screenshot 2023 06 20 103100

Pemeriksaan tekanan angin tayar kereta anda sepatutnya dijadikan rutin oleh setiap pengguna kenderaan. Setiap kali sebelum menggunakan kenderaan dan keluar daripada rumah, periksa dahulu tekanan angin kereta anda setiap hari ataupun seminggu sekali.

Pastikan tekanan angin kereta anda sentiasa mencukupi pada setiap masa kerana tekanan angin tayar kereta boleh menyelamatkan anda daripada sebarang kecelakaan di jalan raya dan juga ia sebenarnya dapat menjimatkan minyak kereta anda.

Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi akan menyebabkan minyak kereta anda cepat habis kerana ia memerlukan banyak minyak untuk kereta itu bergerak kerana kurang bantuan daripada tayar kereta tersebut.

Tekanan Angin Tayar Kereta

Screenshot 2023 06 20 103119

Walaupun memeriksa tekanan angin tayar kereta nampak seperti tidak beberapa penting untuk sesetengah orang.

Tetapi ia merupakan perkara yang anda perlu ambil berat kerana masih ramai lagi orang di luar sana yang masih tidak tahu cara dengan betul untuk pam angin tayar kereta dan juga berapa tekanan yang paling tepat untuk mengisi angin tayar kereta.

Kalau anda nak tahu sekiranya anda pam angin tayar kereta dengan tidak betul sama ada anda terkurang mahupun terlebih pam angin pada tayar kereta tersebut ia boleh memberikan kesan pada tahap keselesaan dan keselamatan semasa anda memandu kereta.

Masig banyak lagi pemandu wanita yang tidak tahu tentang tahap tekanan angin dan cara pam tayar kereta dan berkemungkinan ada juga pemandu lelaki yang masih memerlukan bantuan orang sekiranya mahu pam angin tayar kereta.

Untuk pengetahuan anda tekanan angin tayar kereta yang standard boleh dilihat dibawah dan anda juga perlu mengambil tahu tentang jenis kereta anda. Kereta terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kereta MPC, SUV, Sedan, Komersial dan Bandar.

Tekanan Tayar Kereta Pengeluar Standard:

  • Kereta MPC (Avanza, Ertiga, Alza dan sebagainya)- (30-33) Psi
  • Kereta Bandar (Jazz, Yaris, Axia dan sebagainya)- (29-32) Psi
  • Kereta Komersial- (30-35) Psi
  • Kereta Sedan (Honda Civic, Toyata Corolla, Vios dan sebagainya)- (28-31) Psi
  • SUV (Fortuner dan Pajero)- (35-40) Psi

Cara Pam Tayar Kereta

1. Guna Pressure Gauge

Screenshot 2023 06 20 103139

Sebelum keluar pergi kemana-mana anda disarankan untuk memeriksa tekanan angin tayar kereta ataupun sekurang-kurangnya periksa 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali.

Cara mudah yang anda boleh guna untuk memeriksa tekanan angin tayar kereta anda adalah dengan menggunakan pressure gauge. Ia sebenarnya berfungsi untuk mengukur tekanan fluid seperti gas ataupun cecair. Kebiasannya ia digunakan untuk memeriksa tekanan udara dalam tayar kereta.

Sekkiranya anda periksa tayar kereta menggunakannya dan ia menunjukkan pada aras ‘3’, maksudnya tahap tekanan angin tayar anda sudah mencukupi.

Jika ia berada di bawah paras 3 maka anda perlu menambah angin pada tayar kereta anda.

2. Lihat Menual Pelekat Tepi Pintu Kereta

Screenshot 2023 06 20 103157

Sekiranya anda mahu pam angin tayar kereta, semestinya anda perlu tahu berapa tahap tekanan angin tayar kereta anda terlebih dahulu.

Di pelekat tepi pintu kereta tersebut, ia memaparkan tahap angin yang diperlukan oleh tayar kereta depan dan tayar kereta belakang anda.

Dapatkan jumlah kPa dan juga jumlah PSI.

3. Pam Angin Tayar Kereta

Screenshot 2023 06 20 103218

Setelah anda merujuk pada manual kereta anda pada sebelah pintu kereta pemandu dan anda pun sudah tahu tekanan angin yang diperlukan untuk tayar kereta tersebut.

Pergi kepada pam tayar kereta anda, kebiasannya pam yang digunakan untuk pam tayar kereta adalah pam digital dan pam yang berjarum.

Jadi anda tekan pam tersebut dan letakkan jumlah jarum tersebut pada jumlah yang ditetapkan pada manual kereta yang berada di tepi kereta.

Anda boleh adjust tekanan yang diperlukan dengan tekan ‘+’ atau ‘-‘ sehingga ia pada tahap julah yang mencukupi.

4. Pam Sehingga Keluar Bunyi ‘Bipp’

Selepas menetapkan jumlah tekanan angin yang diperlukan untuk tayar kereta anda, buka penutup tayar kereta anda dan pam tekanan angin pastikan anda masuk kedalam lubang angin dengan betul untuk memastikan angin betul-betul masuk di dalam tayar.

Sekiranya anda rasa angin seakan-akan sudah memasuki tayar kereta, bermakna angin sedang di pam masuk kedalamnya, tunggu sehingg bunyi ‘bip’ sebanyak 2 kali.

Sekiranya bunyi itu sudah keluar bermakna tekanan angin tayar kereta anda sudah mencukupi.

Anda boleh cabut kepala pam dan tutup semula penutup tempat isi angin tersebut dengan ketat.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang