Home Entertainment Bekas Idola Dan Ibu Anak Tiga, Yul-hee Mengejutkan Peminat Dengan Keputusan Yang...

Bekas Idola Dan Ibu Anak Tiga, Yul-hee Mengejutkan Peminat Dengan Keputusan Yang Tidak Dijangka Ini

0

Walaupun sudah cukup sukar untuk membesarkan anak-anak, Yul-hee memutuskan untuk pergi ke universiti.

Dalam KBS2 “Mr. House Husband Season 2,” yang disiarkan pada 12 Februari lalu, Yul-hee mendedahkan tentang impiannya untuk ke universiti.

yul hee 13022022 1

Dalam episod ini, Yul-hee memberitahu suaminya Choi Min-hwan, “Semester baharu Jae-yul akan tiba kan, jadi bukankah saya patut mula belajar juga? Apa pendapat awak tentang saya masuk ke universiti pada masa ini?”

Kemudian Choi Min-hwan bertanya kepada Yul-hee, “Apa yang awak akan lakukan selepas belajar?” Yul-hee menjawa, “Seumur hidup saya, saya tidak pernah belajar bersungguh-sungguh,”

unnamed 12

“Apabila ibu kepada rakan- rakan Jae-yul berjumpa saya dan bertanya ‘Awak pergi ke universiti mana?’ atau ‘Awak pernah masuk syarikat mana. bekerja sebagai apa?’

Saya tiada pilihan lain selain menjelaskan, ‘Saya hanya bekerja sebagai penghibur di atas pentas.”

yul hee 13022022 3

Choi Min-hwan memutuskan untuk menyokong impian isterinya Yul-hee. Yul-hee kemudian melawat universiti bersama suaminya Choi Min-hwan dan berkata, “Impian besar saya ialah belajar perubatan. Saya juga berminat dalam industri perubatan.”

Namun, Yul-hee menjadi muram apabila mendengar penjelasan terperinci tentang jadual dan kos kemasukan ke akademi peperiksaan.

Apabila dia berfikir tentang belajar dan pergi ke universiti selepas sekian lama sejak dia menamatkan pengajian di sekolah menengah, bekas idola itu tidak menunjukkan keyakinan.

yul hee 13022022 4

Sehubungan itu, seorang pakar berkata, “Saya harap awak ubah fikiran. Jika anda benar-benar mencuba, anda tidak akan menyesal di kemudian hari,” katanya sambil menyemai harapan.

Yul-hee berkata, “Saya fikir saya sudah lewat, tetapi saya berasa lega apabila mengetahui ada kes yang sama seperti saya.

d2200d7ba3034da9b4fdc90efdbb5337

Saya tidak akan menyesal jika saya bekerja keras.” Suaminya Choi Min-hwan juga menjanjikan untuk memberikan sokongan penuh untuk impian isterinya Yul-heel.

1597090179 image

Dilahirkan pada 1997, merupakan salah seorang anggota Laboum, Yul-hee telah berkahwin dengan Choi Min-hwan, ahli kumpulan FT Island, pada 2018 dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua anak kembar perempuan.

Sumber: KBizoom