Home Entertainment Behind Your Touch, 7 Perubahan Nasib Bong Ye Bun Kerana Tangan Ajaibnya

Behind Your Touch, 7 Perubahan Nasib Bong Ye Bun Kerana Tangan Ajaibnya

0

Behind Your Touch mengisahkan tentang kehidupan Bong Ye Bun (Han Ji Min) tiba-tiba saja berubah drastik kerana kuasa psikometrik yang diterimanya ketika terkena hujan meteor.

Dalam Behind Your Touch, hidup Bong Ye Bun yang bermula dari seorang doktor haiwan biasa, kini dia mempunyai kuasa ajaib hanya dengan menyentuh tangannya ke punggung haiwan dan manusia untuk mengetahui kisah lalu haiwan dan manusia tersebut.

Walaupun mempunyai kuasa ajaib, perubahan tersebut bukan sahaja memberi kebaikan tetapi juga ada kesan buruk dalam kehidupan Bong Ye Bun.

Agaknya apakah perubahan kehidupan Bong Ye Bun setelah tangannya mempunyai kuasa ajaib itu? Jom kita semak ulasan tersebut dari drama “Behind Your Youch”:

 

1. Klinik haiwannya menjadi popular

IMG 1704

Sebelum mempunyai kuasa ajaib itu, klinik Bong Ye Bun tidak mempunyai ramai pelanggan. Namun, berkat tangannya ajaib, kliniknya semakin popular dan para pelanggan yang membawa haiwan sakit semakin hari semakin ramai.

2. Lebih memahami penderitaan dan kisah haiwan yang disentuh

IMG 1705

Berkat tangannya ajaibnya, Bong Ye Bun dapat melihat apa yang dia sentuh. Kemampuan uniknya dia ketahui ketika memegang punggung kucing yang dia miliki. Dia mampu melihat gambaran serta memori yang dilihat kucing tersebut.

 

3. Melihat kejadian jenayah

IMG 1706

Selain haiwan, Bong Ye Bun juga dapat melihat aktiviti orang yang disentuh olehnya. Sebagai contoh, ketika dia menyentuh Yeom Jong Hyeok (Lee Hwi Jong), Bong Ye Bun melihat bahawa lelaki tersebut menganiaya seorang wanita. Setelah diselidik, ternyata apa yang dilihatnya adalah benar.

4. Dituduh sebagai wanita gatal dan tiada yang mempercayainya

IMG 1707

Kemampuannya sememangnya mendatangkan manfaat jika menyentuh punggung haiwan ataupun seseorang. Walaubagaimanapun, dia dituduh sebagai seorang wanita gila seks dan gatal oleh detektif Moon Jang Yeol (Lee Min Ki). Bong Ye Bun cuba memberitahu keadaannya kepada sahabatnya, Bae Ok Hui (Joo Min Kyung), tetapi dianggap kurang waras. Namun, tidak lama setelah itu, akhirnya mereka percaya akan kemampuan Bong Ye Bun.

5. Rambutnya gugur

IMG 1708

Kemampuan unik ynag dimiliki oleh Bong Ye Bun, disamping mendatangkan manfaat juga boleh memberi kesan buruk dalam kehidupannya. Ini kerana apabila dia menggunakan kuasa tersebut, rambut Bong Ye Bun akan gugur.

6. Menjadi rakan Detektif Moon Jang Yeol

IMG 1709

Moon Jang Yeol yang tidak mempercayai kemampuan tangan ajaib Bong Ye Bun kini menjadi rakan. Moon Jang Yeol yang ingin pindah semula ke Seoul meminta tolong Bong Ye Bun untuk membantu dirinya menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di kampung mereka.

7. Nyawanya bakal terancam

Behind yourPada awalnya, Bong Ye Bun mengkhususkan kemampuannya ini hanya untuk haiwan sahaja. Sejak mengetahui kejadian jenayah yang dilakukan Yeom Jong Hyeok, dia menjadi begitu teruja dan terlibat dalam kes jenayah disebabkan Moon Jang Yeol. Tentu saja, keselamatannya juga akan semakin terancam.

Memiliki kemampuan ajaib, tidak hanya mendatangkan kebaikan ataupun keuntungan, tetapi juga mendatangkan kesukaran kepada Bong Ye Bun.

4 episod telah pun ditayangkan sejak minggu lalu, tentunya Behind Your Touch akan semakin menarik dan memberikan pengalaman menonton yang mencemaskan serta menyeronokan.

Jangan lupa saksikan episod seterusnya dengan pelbagao aksi lucu, mencemaskan serta menghiburkan dari Bong Ye Bun dalam drama siri “Behind Your Touch” ini di JTBC dan Netflix ya!

Baca lagi: Behind Your Touch, Genre Fantasi Komedi Thriller, Kuasa Psikometrik dengan Menyentuh Pungggung
Baca juga: 8 Fakta Watak Yang Dibawa Suho EXO Dalam Behind Your Touch