Home Entertainment Behind Your Touch: 3 sebab mengapa Kim Seon Woo mempercayai Bong Ye...

Behind Your Touch: 3 sebab mengapa Kim Seon Woo mempercayai Bong Ye Bun

0

Kim Seon Woo (Suho EXO) merupakan salah satu watak utama dalam drama siri Behind Your Touch. Dia digambarkan sebagai watak yang ramah namun agak misteri.

Di sebalik sikapnya yang misteri, dia disyaki sebagai pembunuh bersiri. Bukan hanya Moon Jang Yeol (Lee Min Ki), penonton juga turut mencurigai Kim Seon Woo. Namun, sebelum kejadian Bong Ye Bun (Han Ji Min) menemui pisau dengan kesan darah dalam kotak peralatannya, Kim Seon Woo menaruh kepercayaan pada wanita tersebut.

Dia sangat mempercayai Bong Ye Bun dan tahu wanita itu juga tidak percaya bahawa dia adalah pembunuh. Lantas, apakah yang membuatkan Kim Seon Woo hanya mempercayai Bong Ye Bun? Hingga dia sanggup menyimpan rahsia pembunuh di hari terakhirnya hanya untuk disampaikan kepada Bong Ye Bun. Jom lihat ulasan di bawah ini!

 

1. Awal perkenalan disambut mesra oleh Bong Ye Bun

Behind your touch Bong Ye Bun mempunyai sikap yang ramah. Sesiapa sahaja yang ditemuinya pasti akan dihadiahkan dengan senyuman mesra. Awal pertemuan kedua-duanya, sewaktu Kim Seon Woo ingin memeriksa keadaan binatang peliharaannya, Bong Ye Bun sudah terpesona pada pandangan pertama.

Gerak tubuh dan perlakuan Bong Ye Bun tidak dapat dibendung apabila bertemu dengan Kim Seon Woo. Ini yang menyebabkan Kim Seon Woo merasa senang dan selesa berkawan dengan Bong Ye Bun. Tambahan pula Bong Ye Bun adalah seorang doktor haiwan, Kim Seon Woo juga menyayangi haiwan.

Bong Ye Bun akan menjadi rujukan Kim Seon Woo apabila dia menemui haiwan yang sakit. Kebetulan, Kim Seon Woo tinggal di rumah Park Jong Bae (Park Hyuk Kwon) yang jaraknya berdekatan dengan Bong Ye Bun. Kedua-duanya sering kali berjalan bersama apabila tanpa sengaja bertembung.

 

2. Memiliki nasib yang sama

9702b2aa 7806 4434 8cf4 6e536ed2671eKim Seon Woo dan Bong Ye Bun ternyata sama-sama mempunyai kisah masa lalu yang menyakitkan, lagi-lagi berkaitan dengan kejahatan Cha Ju Man (Lee Sung Joon). Kedua-duanya terluka hati dengan kelakuan dan jenayah Cha Ju Man. Ibu Bong Ye Bun, Jung Mi Ok (Choi Jung In) dibunuh oleh Cha Ju Man kerana dia merupakan wartawan yang menyertai demonstrasi menentang kes ahli dewan Yoon Deok Hyeon (Choi Moo Sung).

Cha Ju Man selaku orang kanan Yoon Deok Hyeon terus membunuh Jung Mi Ok supaya wanita itu tidak mengganggu urusan mereka. Lebih parah lagi, kematian Jung Mi Ok dianggap sebagai kes bunuh diri. Sementara itu, ibu Kim Seon Woo yang merupakan ketua jawatan kuasa darurat telah dituduh melarikan diri membawa wang pampasan oleh Cha Ju Man.

 

3. Bong Ye Bun tidak pernah menganggap dia suspek pembunuhan

092901fe b7bf 444a 9d69 4183223d1977Kes pembunuhan bersiri berlaku sewaktu Kim Seon Woo berpindah ke kampung tersebut. Tentu sahaja, Moon Jang Yeol yang merupakan seorang detektif curiga terhadap lelaki itu. Setiap kali bertemu, Moon Jang Yeol selalu menaruh rasa curiga terhadap Kim Seon Woo.

Bong Ye Bun yang selalu bersama Moon Jang Yeol sewaktu menyiasat kes tersebut langsung tidak menaruh perasaan curiga sedikit pun kepada Kim Seon Woo. Bahkan, untuk menyentuh punggung Kim Seon Woo, Bong Ye Bun meminta izin dan memohon maaf supaya lelaki itu tidak tersinggung. Perkara ini yang membuatkan Kim Seon Woo percaya pada Bong Ye Bun.

Sepanjang episod, boleh dikatakan Kim Seon Woo hanya mempunyai seorang kawan yang rapat dengannya, iaitu Bong Ye Bun. Di hari terakhirnya, dia melawan pembunuh bersiri tersebut supaya Bong Ye Bun selamat. Sayangnya, nyawa Kim Seon Woo tidak dapat diselamatkan. Kim Seon Woo adalah mangsa fitnah jenayah pembunuhan dalam Behind Your Touch.

Baca lagi: Teori Terakhir “Behind Your Touch’, Menjelang 2 Episod Akhir: Siapa Pembunuh Bersiri Itu?