Home New Post Bau Aneh dan Rasa Diperhatikan, Ini Tanda Rumah Anda Ada “Penghuni” Luar

Bau Aneh dan Rasa Diperhatikan, Ini Tanda Rumah Anda Ada “Penghuni” Luar

0

Rasa diperhatikan di rumah sendiri & selalu ada bau aneh seperti bau busuk, ini tanda-tanda rumah anda ada ‘penghuni’ yang tidak diundang. Bercakap tentang hantu sudah tentu boleh membuatkan semua orang berasa takut. Gangguan makhluk halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ini sangat digeruni khususnya di kediaman sendiri.

thumbnail smell article 1653636840

Berikut merupakan antara tanda-tanda rumah anda ada ‘penghuni’ yang tidak diundang. Seram betul!

Baca lagi: Google Mahu Bagi RM500,000 Kepada Orang Asia, Ini Syaratnya

Baca lagi: Duit Bernilai RM353,140 Jadi Milik Koperasi Selepas Tiada Sesiapa Menuntut

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN MAKHLUK HALUS DI RUMAH

Tanda-tandanya adalah:
1. Ada suara/bunyi pelik

hqdefault

Antara tanda-tanda ada makhluk halus di rumah adalah anda mendengar bunyi atau suara pelik. Contohnya bunyi mengetuk pintu, bunyi guli, tapak kaki berjalan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, jangan terlalu cepat membuat andaian kerana bunyi ini mungkin datang daripada rumah jiran anda.

2. Barang selalu bergerak

Kalau barangan dan perabot di rumah selalu tidak berada di tempat yang sepatutnya, ini merupakan tanda bahawa kediaman anda mungkin ada makhluk halus.

3. Selalu terjaga tengah lewat malam

Sekiranya sering terjaga antara jam 3.15 pagi dan 3.30 pagi ini merupakan petanda tidak elok. Kemungkinan disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

4. Kesan lebam, calar & gigitan di badan

kesan lebam 300x263 1

Pernah tak ada kesan lebam atau gigitan di badan? Kadang-kadang ini berpunca daripada hantu.

5. Selalu mimpi buruk/ngeri

maxresdefault 1

Selalu tak anda mengalami mimpi buruk dan berulang? Ini boleh menjadi petanda bahawa ada makhluk halus yang mengganggu sewaktu tidur. Biasanya, mimpi ini akan membuatkan anda terkejut dan terjaga di tengah malam.

6. Gangguan elektrik

OIP 3

Kalau lampu di rumah selalu berkelip-kelip, ini juga merupakan tanda-tanda ada makhluk halus di rumah. Walau bagaimanapun, perkara ini juga boleh berlaku disebabkan gangguan elektrik.

7. Selalu tengok jam pada 11.11 malam

jam analog

Jika setiap kali anda melihat jam pada 11.11 malam, itu bermakna orang yang telah meninggal dunia ada di rumah anda.

8. Haiwan peliharaan berkelakuan pelik

Jika haiwan peliharaan anda merenung lama di sudut rumah, ini bermakna ada identiti lain yang tidak dapat dikesan oleh manusia berada di kawasan rumah.

9. Selalu rasa diperhatikan

Suasana di rumah bertukar hening dan menyeramkan, boleh jadi petunjuk ada makhluk halus sedang memerhatikan anda.

10. Ada bau busuk

Jika anda terhidu bau yang menimbulkan kenangan tentang saudara mara atau orang tersayang, mungkin ada hantu di kawasan rumah.

DOA PENDINDING DIRI

Antara doa yang boleh diamalkan adalah dengan membaca surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie.

Berikut adalah beberapa surah yang boleh dibaca selepas solat:
1. Surah al-Fatihah

2. Ayat Kursi

3. 3 Qul (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah An-Nas)

4. Doa Nabi Yunus AS

Doa daripada firman Allah SWT:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Anbiya’ : 87)

5. Doa Nabi Ibrahim AS

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” (Surah Ali-Imran : 173)

Selain itu, boleh juga membaca:
Surah An-Nisa’ Ayat 84
Surah Yusuf Ayat 64
Surah Al-A’raf Ayat 118-122
Surah Toha Ayat 69
Surah Yunus Ayat 81-82

Semoga bermanfaat dan moga-moga dijauhkan dari gangguan macam ini.

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.