Home News Baru Lepas 4 Hari Bersalin Anak Pertama, Luluh Hati Suami Lihat Isteri...

Baru Lepas 4 Hari Bersalin Anak Pertama, Luluh Hati Suami Lihat Isteri Sudah Terlantar ‘Keras’

0

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Exly Jailon, berasal dari sabah berkongsi kisah menyayat hati apabila kehilangan isteri tercinta yang meninggal dunia selepas 4 hari melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Dikatakan oleh lelaki ini beliau hanya diberikan dua hari cuti paterniti iaitu cuti khas bagi golongan suami apabila si isteri bersalin berbanding tujuh hari sekiranya di Semenanjung.

WhatsApp Image 2023 06 01 at 2.06.13 PM

Isterinya telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mei yang lalu, dan beliau juga meluahkan rasa terkilan dan sedih di akaun Facebook nya.

Beliau mengatakan baru sahaja pulang dari kerja dan melihat isterinya sudah terbaring ‘keras’ bersebelahan anaknya. Lelaki ini turut meluahkan bahawa ketika isterinya mahu bersalin, majikannya menyuruh beliau untuk masuk kerja. Namun beliau terpaksa bekerja kerana memikirkan komitmen dan keperluan harian keluarganya.

“Ketika isteri saya bersalin, kamu (majikan) suruh juga datang kerja. Bila isteri saya meninggal baru kamu senang-senang cakap kami turut bersedih dengan pemergian isteri kamu”

“Kamu telefon bah, cakap saja bagi cuti tanpa gaji saya boleh terima. Saya ni terpaksa kerja bah gara-gara komitemen kerja. Saya belik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa”

Screenshot 2023 06 01 141341

Majikan ini juga mengatakan kepada beliau ‘bagus’ jika lelaki ini dapat datang ke kerja apabila ingin meminta cuti ketika isterinya mahu bersalin.

“Kerja mati-mati, tapi gaji tidak setimpal. Kamu bayar berapa banyak pun dapat ke kembalikan nyawa isteri saya?”

WhatsApp Image 2023 06 01 at 2.06.11 PM

Lihat juga apa kata orang ramai:

Lini Mohd: Bende ni atas budi bicara majikan, Mana la pergi rasa empathy

Nabil Radzuan: Kalau Aku, Majikan tu nak Bagi Ke Taknak Ke Pergi Lantak. Rezeki ALLAH SWT tu Luas. Dahulukan Family Insyallah. BukanNya Bini Tu Beranak Sebulan Sekali. Allahu..

Azwannizam Syamsulanwar Nasution: Jgn salahkan semenanjung dgn Sabah Dan Sarawak. Sedih dgr org membezakan smua ni.tp salahkan majikan yg tak alert bab bgini. Semua tu atas budi bicara majikan.

Syarima Ghazali: Inilah jenis majikan yg fikirkan profit jea, semoga Allah membalasnya

Ziana Ana: Swasta susah sikit kalau nak bg suami cuti jg isteri dlm pantang..paling tak pun kena cuti tanpa gaji..tu pun dah bunyi..patut bg la pelepasan untuk jaga isteri..7 hari..

Ramiza Mb: Kat mana kejadian ni??ktorg pekerja nk kawen pn bg cuti semggu..ni la plk isteri lps bersalin

Mohd Nasrul Fhr: Bagi pendapat saya, kerajaan boleh tetapkan undang2 kerja mana2 isteri bersalin majikan wajib bagi cuti sekurangnya 3-4hari sahaja.

Nor Fazila Ibrahim: memang ada majikan mcm ni. pentingkan diri company dia daripada kebajikan pekerja.

Saif Yusof: Akta pekerja di sabah sarawak tak sama dengan semenanjung.

Nur Erfa Ahmad Zainal: walau anak 5 2 minggu wajib suami cuti . Alhamdulilah . kesian ye . alfatihah tenang disyurga

Malek Md Shah: Allahu. Apabila bermajikan seseorang yang lebih hina daripada binatang. Bersabarlah saudara. Moga terus tabah menghadapi dugaan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia