Home News “Banyak Jugak Eh Tersangkut Lepas Tragedi Itaewon 2022”- Comeback Dan Event Terpaksa...

“Banyak Jugak Eh Tersangkut Lepas Tragedi Itaewon 2022”- Comeback Dan Event Terpaksa Rehat Seketika

0

Pada Oktober 30, acara dan comeback telah ditunda dan dibatalkan buat sementara waktu untuk berkabung atas kejadian yang terjadi di Itaewon. Dalam penyataan, Agensi dan artis juga memberi simpati terhadap mangsa kejadian.127425185 mediaitem127425184

Woollim Entertainment juga mengumumkan album yang hendak dilancarkan untuk  DRIPPIN yang sepatutnya dikeluarkan pada 1 November namun di tunda juga.

IRRIS juga membuat sedemikian menundakan single barunya “Stay W!th Me”, yang sepatutnya keluar pada 31 Oktober.

BRANDNEW MUSIC membatalkan comeback YOUNITE yang sepatutnya juga keluar pada 31 Oktober.

ICHILLIN menunda untuk melancarkan album singlenya “Draw(MY TIME)”.

Jung Eun Ji Apink akan tunda album remake-nya “log” yang sepatutnya keluar pada 2 November.

Yong Junhyung juga melambatkan pengeluaran EP-nya “LONER”, yang sepatunya keluar hari ini.

JYP Entertainment akan kemudian mengumumkan tunda mereka untuk Xdinary Heroes mini album iaitu “Overload”, yang pada awalnya dirancang untuk lancar pada 4 November.

Kim Jaejoong membatalkan di Japan. Wakil dari agensi C-JeS berkata,”Dua jam sebelum konsert , kami batalkannya serta-merta atas permintaan artist tersebut.”

Filem yang baru dikeluarkan “Remember” dan “Confession” membatalkan menampilkan ahli dan pengarah  di pawagam untuk menyambut penonton. Pada mulanya, Nam Joo Hyuk, Lee Sung Min, dan pengarah Lee Il Hyung dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut untuk “Remember”, sementara So Ji Sub, Kim Yoon Jin, Nana, dan pengarah Yoon Jong Sik dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam “Confession.” Filem Ma Dong Seok yang akan datang “Men of Plastic” juga membatalkan sidang akhbarnya.

im 654700

Kami sekali lagi mengucapkan takziah kepada semua orang yang terkena musibah dan dengan tulus berharap pemulihan mereka yang cedera dengan cepat.

Baca Juga:“Haih Lee Jihan… Baru Nak Tengok Dia Berlakon”- Kita Kehilangan 1 Artis K-Drama

Baca Juga:“Adu… Dating Tak Clean…”- 2 Agensi Menafikan Pasal Khabar Angin Dating Pasangan Ini