Home Video Bantu Lelaki Afrika Tiada Duit Cash Di Laluan Tol, Reaksi Beliau Ucap...

Bantu Lelaki Afrika Tiada Duit Cash Di Laluan Tol, Reaksi Beliau Ucap Terima Kasih Pula Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok tansri.alam, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang pemandu lori bantu kenderaan hadapannya yang tidak mempunyai wang tunai ketika berada di kaunter pembayaran di laluan tol. Kenderaan hadapannya yang seperti kita lihat, beliau bukanlah orang warganegara Malaysia tetapi pemandu lori tersebut turut memberi bantuan dan menghulurkan RM2 kepadanya.

Namun reaksi lelaki warganegara Afrika tersebut menarik perhatian netizen apabila mendengar beliau mengucapkan ‘terima kasih’ berulang-ulang kali kepada pemandu lori itu kerana membantunya.

Screenshot 2023 09 07 105526
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan pemandu lori tersebut sememangnya layak mendapat pujian kerana membantu orang awam tidak kira warganegara Malaysia ataupun bukan. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah menghadapi situasi seperti beliau, yang tiada wang tunai ketika berada di laluan tol. Netizen juga berasa terharu dengan reaksi lelaki Afrika tersebut yang mengucapkan terima kasih dan menunduk rasa hormat kepada pemandu itu.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 8083 penonton, 423 sukaan dan 32 komen.

Baca lagi: Penat Hadap Jem Selama 2 Jam Di Tol Gombak, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

Baca lagi: Kucing Dimarahi Tuannya, Gelagat Kucing Ini Apabila Dimarah Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki Afrika ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ Aypul__: aku pernah x ckup duit nk topup tol, jurutol tu tlg topup 10,tq akak tol, lepas tu cari bank g balik kt dy dlm 30mnit tp dy dh hbis shift,

@Sabrina: Terima kasih sbb membantu tak kira bangsa. Insyaallah suatu masa nanti tatkala kesusahan, Allah akan bantu permudahkan urusan encik pulak

@BUKAN SAYANG AWAK : ak prnh dlm keadaan abg tu, stengah jam lebih sangkot sbb lupe kluakan cash n topap tng x ckup n xlama tu ad stu fmly sarawak iban tlg ak bg 30cash

@yoe_shimura_garage: mgkin dia fkir mcm tmpat dia..susahnya nk dptkan duit walau nilai kecil.. tmpat kita duit mudah..tapi nilai tersangat kecil..

@MohdFaizRasull: semoga dipermudahkan segala urusannya insyaa allah

@mohamadazrie630: terbaik bro,kita mudahkan urusan org,, insaallah Allah pasti mudahkan urusan kita

@tanak perantau1987: aq pon pernah jd mcm ne kereta depan dekat tol batu 2,kad n’go dia x cukp balnce.kebetlan aq ade stanby kad n’go,bg dia lepas lepas tu dia tggu depan

@SCANIA 580 V8: god bless u brother , same² come with same shipp

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram