Home Video “Baiknya Cikgu Ni, Sanggup Redah Hujan Nak Ambil Anak Murid” -Netizen

“Baiknya Cikgu Ni, Sanggup Redah Hujan Nak Ambil Anak Murid” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok aziella_azie, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita membuat satu klip durasi pendek di mana beliau menghantar anaknya ke sekolah, namun reaksi seorang guru pula mendapat perhatian ramai. Pemilik akaun ini mengatakan guru tersebut berlari-lari ke kiri dan ke kanan untuk mengambil anak-anak muridnya walaupun dalam keadaan hujan, dan jam 6.30 pagi guru tersebut sudah berada di depan pagar menunggu ketibaan murid-murid nya.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan reaksi guru tersebut sememangnya baik dan prihatin terhadap murid-murid nya. Guru tersebut juga telah mendapat perhatian ramai dan mendapat komen-komen yang positif dari warganet. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 863.1K penonton, 89.5K sukaan dan 1916 komen.

Lihat klip durasi pendek reaksi guru tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ekarafaiman: Cikgu Mahendran ni mmg seorg cikgu yg baik sgt2.. dulu masa dia mengajar kt sk sungai besi semua anak murid syg kt dia..

@LianaJohar: Hebat la guru penolong kanan pentadbiran Sk Desa Petaling ni Mr Mahendran Tabik Spring Sir

@Eyna Mys: Siap peluk lagi tu..cikgu macamnie murid2 akan Igt sampai dia pencen..

@byelaisha | PERACUN TUMBLER: ayah sape ni bertuah ada ayah penyayang gini

@aina.yusop: cikgu zaman sekarang bagus² laa.. Guru besar pon pagi2 tggu kat pagar sambut pelajar..

@zairanna149: cikgu old school ni. dia punya gaya tegas tapi mesti jadi kesayangan anak murid

@NajahAzman: ya Allah, sebaknya tengok.baiknya hati cikgu ni.tapi cam x tergamak pulak tengok mereka bersusah payah camtu.

@iamberryhnn: Sekolah anak sy pun gini.Pagi2 cikgu dah ade depan pintu sambut kedatangan anak murid. Bagus cikgu2 skg

@BondA Gebu DoLLy: Cikgu² kami bdk² 80 90an depa garang² tp klu dpt close dgn cikgu dpt bwk buku kedatangan pn dh bangga rasa , btl x geng…

@yaa: semua nama mahendran ni baik ke .. rtu nk operation kaki adik dpt doc nama mahendran .. aaa baikkk gila

@mohdmohd8791: mesi cikgu Mahendran adalah cikgu yg hebat dan disayangi oleh warga sekolah berkenaan.. semoga cikgu sihat selalu serta dipermudahkan dalm kehidupan

@ArenaShop2U: moga cikgu sentiasa dilancarkan urusan dan dalam rahmat Allah…baiknyacikgu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram