Home Video “Bagusnya dia tak lari dulu, walau dah nampak api tu kuat tapi...

“Bagusnya dia tak lari dulu, walau dah nampak api tu kuat tapi cuba sedaya upaya untuk padamkan” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok screenshotdungun, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana pekerja-pekerja sebuah restoran sedang menjalankan tugas untuk menyediakan makanan untuk pelanggan. Namun ketika salah seorang pekerja sedang memasak, dengan secara tiba-tiba dapur yang beliau gunakan telah mengeluarkan api marak. Oleh itu, reaksi kesemua pekerja telah menarik perhatian warganet dan memberi pujian kepada mereka kerana menghadapi situasi itu dengan tenang dan berani.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengucapkan tahniah kepada pekerja-pekerja tersebut kerana menghadapi keadaan itu dengan secara tenang dan tidak gelabah. Netizen juga memberi pujian kepada pekerja-pekerja tersebut. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 616.1K penonton, 31.8K sukaan dan 541 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Alhamdulilah syukur tiada kecederaan serius berlaku. Kadang-Kadang setiap ujian yang datang itu ada sebab tertentu. Terima Kasih Team Screenshoot Dungun bertindak dengan pantas sebelum keadaan menjadi bertambah serius”

Lihat klip durasi pendek reaksi pekerja-pekerja tersebut menghadapi situasi itu:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Liyani: Bagusnyaa dia xlari dulu walau dh nampak api tu kuat tp cuba sedaya upaya untuk padamkan

@…: Uiii kalau meletup habis kedai Alhamdulillah cpt bertindak

@Amymunirah: salute yg tgh dkt dapur gas tu.. sis sgt beraniii. kalau sy dh gelabah teruk dh.

@biskutkeringteh0: lpsni kena sediakn tuala besar …kain nya cenonet sgt xblh nk ttp api.walaupn ad pemadam api,

@Jue Liana: Tahniah smua sbb dpt kwal sgala galanya. Yg dkt tong gas tu ptot bg reward

@SekEtOi_eiyZzaL: professional nyew diowg keje.. kerjasama penting.. semua dipermudah kan..mesti diowg jaga solat time keje, Allah lindungi mereka

@N A I: Nasib baik ada alat pemadam api tu. Tak semua restoran alert. Saya kat rumah pun ada satu alat pemadam tu. Apapun kita berusaha Allah tentukan.

@jupilen Ajun: walaupun tak berjaya padamkan api…tapi cara dia padam terbaiik…sebab tak panik.

@ciligirl: Perghh respect smua staff,brani btul..sgt2 bahaya bla gas bocor.blh meletup.tp ttap usaha pdmkn api.hebat.Applaus

@Ana Farahana: memiliki pekerja yg bgus juga 1 anugerah ..alhamdulillah dorg x panik dn brtindak pantas.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram