Home News Baeksang 2023-Projek Baru 11 Penerima Anugerah

Baeksang 2023-Projek Baru 11 Penerima Anugerah

0

Apakah Projek Baru Untuk 11 Penerima Anugerah Baeksang 2023?

Pada minggu lepas Baeksang Arts Awards telah berlangsung secara gilang gemilang. Baeksang Arts Awards adalah acara anugerah terbesar dan paling berprestij di Korea Selatan.

Ada penerima anugerah yang menepati ramalan dan berjaya membawa pulang trofi dengan bergaya. Tentu sahaja, mereka yang menjadi penerima anugerah merupakan pilihan terbaik dari para juri yang telah menetapkan standard dan kriteria tertentu bagi para pemenang yang terpilih.

Setiap anak seni bertuah yang telah memenangi anugerah Baeksang kali ini memang mempunyai bakat lakonan yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Kualiti lakonan mereka memang mantap dan luar biasa. Kehebatan pelakon-pelakon ini menyebabkan mereka dihujani dengan projek lakonan yang tidak henti-henti.

Jom kita lihat siapakah penerima trofi Baeksang Arts Award yang bakal tampil dalam projek terbaru? Jom sama-sama kita lihat:

 

f2ab554c bbaf 41e0 9d1f 582efd14bbfd
1. Ryu Jun Yeol bakal muncul dalam drama Money Game yang diarahkan oleh Han Jae Rim. Penggambaran telah selesai pada tahun lepas

33d7c998 f1ed 41e7 95e0 28e078fc7513
2. Byun Yo Han pula membuat penampilan dalam drama siri Uncle Samsik bersama Song Kang Ho. Pelakon ini juga turut tampil dalam filem She’s Dead bersama Shin Hye Sun

a14a75d5 c61a 4d50 966a bead77683c33
3. Park Se Wan telah memberi persetujuan untuk membintangi filem Victory yang menceritakan tentang cheerleader. Manakala untuk drama pula, pelakon ini tampil bersama Bae Suzy dalam Doona!

e290bbda df71 4478 9016 fc3c906c8d91
4. Jinyoung Got7 akan tampil dengan projek terbaru dan membuat kemunculan dalam filem High 5

b221c421 0172 4555 ac6b 7cd53789a5ba
5. Park Eun Bin sudah mengesahkan bahawa dia akan muncul dalam drama siri Diva of the Deserted Island

a968179d 3ee2 4742 a5b6 4a4934312c61
6. Lee Sung Min akan tampil dalam drama siri Shadow Detective 2 dan Bad Luck Day. Manakala untuk projek filem pula, Seoul Spring akan menjadi projek terbarunya

dc90105d 21f5 457b aef5 a6b308ecfce3
7. Song Hye-kyo bakal berkolaborasi dengan Han So Hee dalam drama The Price of Confession yang menceritakan tentang kes pembunuhan

122f7e92 1758 49e3 8c2d 42104911e801
8. Jo Woo Jin bakal tampil dalam dua filem. Dalam filem Harbin, dia berkolaborasi dengan Hyun Bin manakala dalam filem Boss, dia akan tampil bersama Jung Kyung Ho

0ee7d93c fa6c 4c71 8c39 4924fa82bdc9
9. Berjaya dengan watak kaki buli dalam The Glory, Lim Ji Yeon tampil dengan karakter baru dalam drama siri Lies Hidden in My Garden dan National Death Penalty Vote

02ce901f 5675 433a 996a c5f62b2ef243
10. Moon Sang Min menjadi seorang chaebol dalam drama terbaru, Wedding Impossible bersama dengan Jeon Jong Seo

3fdb7aac c4da 4f71 8359 950f13432f52
11. Roh Yoon Seo menjadi adik Esom dalam drama siri Original Netflix, Black Knight

Jangan lupa saksikan Kdrama dan filem terbaru artis kegemaran anda ini. Pasti jalan ceritanya sangat menarik dan lakonan hebat dioersembahkan oleh mereka.

Baca Lagi: 10 Foto Min Woo Hyuk (Dr Roy) dan Isterinya

Baca Juga: 8 “J-Horror” Kultus Terbaik Sepanjang Zaman