Dalam episod Running Man (RM) yang disiarkan oleh SBS pada 5 Disember lalu, salah satu misi mereka adalah salah seorang daripadanya kena pakai fon kepala sambil dengar ahli lain bercakap tentang seseorang.

Jae Suk yang giat mengusik Jong Kook tentang ‘bunga-bunga cintanya’ dengan Eun Hye bawa topik itu semasa giliran artis yang digelar Tiger itu pakai fon kepala.

wedc

“Aku dapat mesej daripada Eun Hye, ingatkan kena marah dah sebab asyik petik nama dia dalam RM ni tapi rupanya tak pun.” kata Jae Suk.

khfdd

Tiba-tiba Ji-hyo terus tanya, “Awak suka Eun-hye ke? Awak suka saya tak?”

Jong Kook yang dengar segala-galanya perbualan itu terus ketawa sambil kata, “Tak, tak…”, dan muka dia pun merah.

“Jangan lah cakap pasal benda ni dalam TV.” bebel Jong Kook kepada Jae Suk.

lkhhg

Jae Suk acah-acah rasa bersalah dan kononnya bercakap dengan komando, “Saya akan padam nombor dia, tuan. Saya cuma minta maaf sebab bangkitkan nama dia dan dia kata tak apa, tuan.”

Sumber: [1],[2]

 

Previous articleHyundai Motorstudio Goyang, Taman Tema Automobil Terbesar Di Korea
Next articleWarga Korea Sanggup Bayar Untuk Masuk ‘Penjara’ Ini Kerana Terlalu Stress