Menjaga berat badan itu perlu, demi kesihatan yang baik. Namun, jika terlalu kurus juga boleh menyebabkan penyakit… Tetapi itu semua tidak diendahkan oleh artis Kpop perempuan yang obses dengan kurus. Kenapa ini terjadi?

Artis Kpop terutamanya perempuan, dimomokkan dengan beauty standard yang melampau. Mereka diwajib kan kurus untuk menarik perhatian orang ramai. Untuk mencapai potongan badan yang menarik, mereka terpaksa berdiet yang melampau dan bersenam secara teruk.

Tiada alasan yang boleh diberikan oleh mereka untuk ponteng daripada bersenam!

Ketika mengikuti training juga, diaorang akan melalui satu sesi di mana berat badan akan ditimbang dan direkodkan, kalau berat naik sikit, kena hukuman wei!! Kejam dan kesian!

Tetapi itulah lumrah, nak kaya, nak dapat perhatian di Korea dan jadi artis letop kena lah berkorban! Kalau nak ikut diet artis Kpop, boleh lah ikut diet artis-artis Kpop dibawah:

Seolhyun AOA

download

Selain famous, dia memang memilik bentuk badan yang seksi. Antara makanan yang dia elakkan adalah makanan berkalori tinggi dan makan ubi keledek, dada ayam, telur dan tomato.

Eunji Apink

images

Sebelum jadi artis, berat dia 62kg! Tapi dia diet dan bersenam kaw kaw tau! Diet yang diamalkan pula tidak makan waktu malam, snek dan makanan berkalori tinggi. Senaman pula yang dilakukan ialah secara intensif iaitu boxing dan angkat berat

Luna F(X)

download 1

Jika dulu, orang gelar dia tembam tapi sekarang tidak lagi! Dia telah melakukan diet yang ekstrim dimana sarapan hanya makan keju dan telur, makan malam pula hanya sayur.

Sumber: Xtra 

Previous articleWalaupun Berbadan Kecil, Karina Aespa Mampu Melakukan Perkara Yang Sukar In Dengan Senyuman!
Next article‘Han So Hee Pernah Bekerja Sebagai…’, Kenali Pelakon Utama The World Of Married Couple

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here