Home News “Aku Tak Tahu Panggilan Tu ‘Live’…” -Dato’ Hattan

“Aku Tak Tahu Panggilan Tu ‘Live’…” -Dato’ Hattan

0

Dato’ Haji Mohd Shukri Shahbudin atau dikenali sebagai Hattan merupakan seorang penyanyi solo dan pernah menganggotai Kumpulan FRU serta pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988. Beliau dilahirkan pada 21 Disember tahun 1964, berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Hattan, nama yang telah ditular baru-baru ini di mana beliau telah ‘sekolah’kan seorang pembaca berita wanita yang memberikan beberapa soalan mengenai Allahyarham Mael dari kumpulan rock iaitu XPDC ketika siaran langsung.

Perkara ini telah dijelaskan oleh seorang teman rapat Dato’ Hattan iaitu Salimey Abu Bakar menerusi Tiktok. Beliau bertanya kepadanya tentang situasi sebenar. Di mana Dato’ Hattan berkongsi cerita bahawa beliau tidak tahu panggilan telifon itu adalah siaran langsung dan ketika itu beliau sedang baring beristerihat.

daebaking.co Aku Tak Tahu Panggilan Tu Live. Dato Hattan aaa

“Tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk sahaja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran terbabit. Sebaliknya penerbit berita Astro harus bersedia dengan soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit” -Kata rakannya, Salimey Abu Bakar

Terdahulu, isu ini bermula temubual secara langsung di mana Dato’ Hattan tidak tahu itu siaran langsung dan pihak tersebut memberi beberapa soalan untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’. Disebabkan pembaca berita ini kurang arif beberapa perkara berkaitan XPDC, Hattan terus menyelar penyampai terbabit.

Malah, Hattan bertanya semula kepada penyampai dengan nada yang tegas agar memberi jawapan yang betul serta mempersoalkan sama ada membuat kajian ataupun tidak. Leih daripada itu, belum sempat penyampau ini mengucapkan terima kasih kepadanya, beliau telah memutuskan talian terbabit.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: BHarian