Home VIU “Underrated Filem Seram yang Wajib Ditonton di Viu”

“Underrated Filem Seram yang Wajib Ditonton di Viu”

0

Korang peminat cerita hantu? Ke ‘buat-buat’ berani je kalau tengok cerita hantu? Menyorok, tutup mata?! Meh tengok ni beberapa koleksi filem seram yang korang boleh tonton di rumah hanya di Viu!

Guimoon 

Guimoon: The Lightless Door mengisahkan tentang misteri di sebuah pusat latihan di Guisari. Kisah bermula pada tahun 1990, apabila terjadi kes pembunuhan di pusat latihan tersebut yang dilakukan oleh salah soerang tukang cuci di situ.

Tukang cuci telah membunuh tetamu dan kemudian membunuh dirinya sendiri. Sejak itu, pusat latihan itu telah ditutup kerana dikatakan kes bunuh diri atau kematian akibat kemalangan yang telah berlaku di pusat latihan setiap tahun.

Pada masa yang sama, pengarah tempat penyelidikan psikiatri, Do Jin (Kim Kang Woo) cuba untuk mencari kebenaran di sebalik kematian ibunya. Ibunya dikatakan telah meninggal di pusat latihan tersebut ketika sedang melakukan ritual menghalau syaitan.

Bukan hanya Do Jin, beberapa pelajar universiti turut nekad untuk ke pusat latihan tersebut bagi merakam situasi di situ… Apa yang bakal terjadi pada mereka?

daw09578.jpg

The Cursed Lesson 

Model komersil Hyo-jung (Lee Chae-young) merasakan setiap sedikit kesan penuaan, walaupun dia kekal sangat menarik dengan mata besar yang lembap dan elegan. Dia kehilangan pekerjaan kepada model yang lebih muda dan doktornya mengehadkan rawatannya, memetik sebab kesihatan dan membayangkan ketagihan.

Melalui pertemuan dengan rakan sekelas lamanya, Hyo-jung mengetahui tentang studio yoga premium dan eksklusif, Kali, yang mengamalkan kaedah transformasi yang betul-betul membentuk semula seseorang kepada diri baharu yang dicemburui. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan berlaku, memandangkan janji itu.

Apabila model itu tiba dan bertemu dengan tiga peserta lain, dia mula juga mengalami halusinasi kuat ular dan rakan yang berpenyakit tertentu. Di antara penglihatan yang mengganggu dan kesan luar biasa dari yoga kundalini yang dilakukannya, Hyo-jung mendapati dirinya terbelah antara pilihannya untuk tinggal atau melarikan diri. Waduh… macam seram je ni…

cursed2

Toxic 

Filem ini menceritakan tentang bagaimana mangsa-mangsa tragedi yang terkorban kerana sebuah bencana besar yang disebabkan daripada cairan kimia dari mesin pelembab udara. Bagaimana bencana itu telah menyebabkan banyak kematian dan menunjukkan bahaya bahan kimia tersebut kepada dunia juga menceritakan dari sisi bagaimana keluarga tersebut ditinggalkan.

Cerita bermula apabila Jung Tae Hun, seorang doktor yang bertugas di hospital pusat trauma menyaksikan sendiri keluarga yang telah menjadi mangsa kepada korban bahan kimia tersebut. Anaknya telah pengsan kerana penyakit paru-paru dan isterinya turut meninggal kerana sebab yang sama.

Dari situlah Tae Hun telah merasa aneh dan beberapa bulan sebelum bencana besar itu berlaku, ramai pesakit datang dengan penyakit yang sama dan mereka menggunakan jenama mesin pelembap udara yang sama. Jung Tae Hun yang dibantu oleh Han Young Ju turut menyelidik dan mencari bahan bukti tentang penyakit itu.. Mampukah Tae Hun menyelesaikan masalah ini?

5j6UOpFz4wi8nKXQsqYtHC68Dhq Air Murder trailer

Roh 

Pada zaman dahulu, di pinggir sebuah hutan, sebuah keluarga daif yang terdiri daripada Mak (Farah Ahmad), Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) didatangi seorang budak perempuan yang bukan sebarang budak, Adik (Putri Qaseh).
Adik memberi ramalan bahawa bila bulan mengambang, seluruh isi keluarga akan mati. Seorang dukun yang gelarkan dirinya Tok (June Lojong) menjangka petaka akan tiba. Seorang lelaki misteri Pemburu (Nam Ron) datang untuk mencari anaknya yang hilang, tetapi dia juga ada tujuan lain.
Peristiwa mistik dan seram berlaku bila yang haq dan yang batil bertembung, roh siapakah yang akan terselamat?
Roh 2019 poster roh oscars malaysia@2000x1270 e1604542216136
Lia (Nad Zainal), seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus. Dia dan rakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk melengkapkan hasil kajian mereka. Pelbagai peristiwa seram menyelubungi mereka sepanjang kajian mengenai tarian itu dilakukan.
Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah tarian itu mempunyai kaitan dengan ilmu hitam?
aku haus darahmu 2
Jadi, kalau korang nak tahu kesudahan kepada filem-filem seram ni, korang wajib tonton semua ni di aplikasi Viu Malaysia tau! Langgani pek premium Viu bagi menghalang gangguan sepanjang tontonan!