Home News Aktress Hwang Bo Ra Tamat Zaman Bujang Dengan Kim Young Hoon

Aktress Hwang Bo Ra Tamat Zaman Bujang Dengan Kim Young Hoon

0

Aktress Hwang Bo Ra bakal berkahwin dengan teman lelaki nya iaitu Kim Young Hoon yang juga merupakan adik Ha Jung Woo (nama sebenar, Kim Sung Hoon).

Menurut laporan media, Hwang Bo Ra bakal berkahwin dengan teman lelakinya itu yang sudah dikenali selama 10 tahun pada 6 November.

Kim Young Hoon yang merupakan pelakon dengan menggunakan nama Cha Hyun Woo, CEO kepada syarikat Walkhouse yang menguruskan pelakon seperti Ha Jung Woo, Hwang Bo Ra dan ramai lagi. Hwang Bo Ra dan Kim Young Hoon telah bercinta semenjak 2013 dan mengumumkan hubungan mereka kepada orang ramai pada tahun 2014. Pelawak, Kim Jun Ho bakal mengacara majlis mereka nanti.

Sementara itu, mereka berdua dikhabarkan telah mendaftar perkahwinan mereka berdasarkan temubual Hwang Bo Ra pada 3 Oktober di dalam episod, ‘Same Bed, Different Dreams 2.’ Di dalam episod tersebut, Hwang Bo Ra mendedahkan bahawa mereka mendaftarkan perkahwinan mereka dahulu untuk mendapat pengesahan bagi mempunyai anak.

Tahniah diucapkan kepada mereka!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Bekas Ahli Kumpulan Idola Ini Ditahan Kerana Dadah