Home News Aktres Jeon Mi-seon Ditemui Meninggal di Bilik Hotel Disyaki Bnuh Diri. Polis...

Aktres Jeon Mi-seon Ditemui Meninggal di Bilik Hotel Disyaki Bnuh Diri. Polis Dedah Punca Kejadian

0

Pelakon terkenal Korea Selatan Jeon Mi-seon ditemui mati pada Sabtu tengah hari waktu tempatan di sebuah hotel di Jeonju. Dia berusia 48 tahun.

Pengurusnya, yang membuat laporan selepas Jeon telah hilang selama dua hari, berkata Jeon telah mengalami kemurungan. Media tempatan melaporkan bahawa dia didapati menggant0ng diri di bilik mandi bilik hotelnya.

Polis Jeonju mengesahkan kemat1an Jeon, namun memberitahu bahawa mereka masih menyiasat kes tersebut dan enggan membuat kesimpulan tentang kejadian trag1s itu.

bw94

Mereka bagaimanapun mengesahkan bahawa Jeon telah mendaftar selama dua hari di hotel terbabit, mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda ugutan (paksaan mendaftar hotel), dan menambah bahawa tiada catatan bun*h diri dijumpai.

” Mendiang Jeon Mi-sun pernah menerima rawatan untuk kemurungannya. Kami terkilan kerana terpaksa mengumumkan berita sedih ini, “kata agensi Jeon Boas Entertainment dalam satu kenyataan.

” Ia seolah-olah Jeon telah banyak mengalami tekanan perasaan, tambahan pula baru-baru ini beliau kehilangan seorang ahli keluarga manakala ibunya terlantar sakit” kata polis.

Jeon telah membintangi drama “Love is a Crazy Thing” pada tahun 2005, tetapi terkenal kerana peranannya dalam filem-filem termasuk “Mother,” Memories of Murder, “Hide and Seek,” dan “Bungee Jumping of Their Own.”

Salah satu penampilan awam yang terbaru Jeon adalah pada Rabu lalu di Seoul, di mana dia muncul di atas pentas untuk mempromosikan “The King’s Letters” . Difahamkan filem ini bakal ditayangkan bulan depan, meskipun penerbit Megabox masih belum mengesahkannya.

Selain itu, Jeon pernah terbabit dalam rancangan TV dan di atas pentas. Dia telah berada di Jeonju untuk persembahan pentas “2 Nights and Three Days with My Mother” yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang.

Untuk rekod, beberapa bintang terkenal Korea telah membun*h diri atau cuba melakukannya. Ramai dikalangan mereka yang telah mengadu kemurungan atau menjadi mangsa buli siber.

Aktres Park Jin-hee menulis dalam kertas kajiannya pada tahun 2009 menjelaskan bahawa 40% selebriti Korea sedang mempertimbangkan untuk membun*h diri kerana “privasi tidak terkawal, komen bersifat jahat, pendapatan yang tidak stabil, dan kebimbangan mengenai masa depan.”

Pada tahun 2017, band vokalis utama K-pop Idol Shinee Jong-hyun membun*h diri selepas memberitahu kakaknya bahawa dia telah “cukup mender1ta”.

Pada bulan Mei tahun ini, bintang K-pop yang menjadi pelakon Goo Hara cuba membun*h diri selepas pertikaian undang-undang dengan bekas teman lelakinya yang menganc4mnya dengan p0rn0grafi bagi tujuan balas dend4m.

Salah satu kes yang mendapat liputan meluas adalah pelakon Jang Ja-yeon, yang membun*h dirinya pada tahun 2009.

Beliau meninggalkan catatan yang menyenaraikan orang berkuasa dalam industri hiburan di mana dia terpaksa melakukan hubungan $ek$ untuk mendapatkan peranan TV dan filem.  Jabatan Keadilan baru-baru ini menyeru pendakwa untuk mengkaji semula kes itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: variety.com