Home News Akibat Gagal Memotong, Tiga Pelajar Kolej Maut

Akibat Gagal Memotong, Tiga Pelajar Kolej Maut

0

Baru-baru ini tular satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan enam beranak maut dan dua lagi parah di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan akibat daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

Kini kemalangan tiga sahabat maut dan seorang parah, apabila Perodua Bezza yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 50.1, Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Bandar Penawar.

Tiga sahabat itu ialah Iqbal Faiz Mat Sah, 20, Nurul Afrahrina Sazli, 19, dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Dikatakan pihak bomba telah menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 1.43 petang. Serta kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan, iaitu Perodua Bezza, Toyota Innova dan Volkswagen.

Baca lagi: Rakaman Kereta Secara Tiba-Tiba Masuk Selekoh Kiri, Penunggang Motosikal Hampir Kemalangan

Baca lagi: Kisah Si Bulus Comel Yang Dikutip Di Genting, Ramai Yang Mendoakan Keluarga Ini

Screenshot 2023 09 03 135615

Lihat juga video dibawah:

Terdapat empat orang mangsa cedera ringan dalam kenderaan Toyota Innova, manakala mangsa menaiki Perodua Bezza terdapat seorang mangsa cedera parah, sementara tiga orang lagi yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari arah Desaru menuju ke arah Senai, cuba memotong kenderaan dihadapannya lalu bertembung dengan Volkswagen Beetle dan MPV Toyota Innova”
“Pemandu Volkswagen Beetle berusia 50 tahun sempat mengelak dan bergesel dengan Perodua Bezza, manakala Toyota Innova terbabit berlanggar secara berdepan”

Kesemua mangsa yang cedera dibawah ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan, manakala mangsa meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kes ini turut membuatkan warganet sebak selepas mendapat berita mengenai enam beranak yang kemalangan jalan raya yang tular baru-baru ini di media sosial. Netizen juga mendoakan semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang beriman, dan memberi pesanan kepada kesemua pemandu untuk berhati-hati jika berada di atas jalan raya.

Lihat apa juga kata orang ramai:

Shareka Zalani: Jln2 g melaka tambah rm2 je Dari tol ni.. Jln haiway pun cantek.. Kadang2 seram lalu sini.. Tp memandangkan rutin utk amek hantar ank sek.. Tawakal je laaa

Muhammad Faiz Ahmad: Kat jambatan ada 4 lorong..tapi peliknya kat tanah besar buat 2 lorong..tak safety hway ni..

Rin Hasib: Dah boleh tutup kot highway ni…x minat ikut situ biar ikut jln lama….

Abdul Rahim Abdullah: Salam takziah.. muda2 smue, Allah lebih syg kamu dek

Za Mira: Masa lalu td yg dlm bezza tu meninggal da tersepit bawah stereng driver nya

Hendra Shahril: Area ni, mmg kawasan kemalangan maut. Kdg2 otw g desaru, seriau je, lalu sini. Kepada keluarga mangsa takziah.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Facebook